JADIKAN KARTUN SEBAGAI PENYAMPAI MESEJ DAKWAH DAN KEBENARAN - ADUN CHANGKAT JONG
>> 15 Februari 2010
TELUK NTAN, 15 Februari - Kartun merupakan salah satu bidang seni yang boleh dimanfaat demi kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat. Kartun juga sebenarnya mampu menjadi alat penyampai mesej dakwah dan kebenaran. Demikian antara isi ucapan yang telah disampaikan oleh ADUN Changkat Jong, YB Haji Mohd. Anuar bin Sudin. Beliau telah menyampaikan ucapan perasmian bagi Program Jom Bersama Kartunis Zunar pagi tadi di Markaz PAS Kawasan Teluk Intan.
"Apa yang dilakukan oleh Saudara Zunar adalah sangat dihargai kerana beliau telah menggunakan bakat yang dianugerah Allah sebagai seorang pelukis kartun untuk menyampaikan mesej-mesej kebenaran kepada rakyat yang mungkin selama ini maklumat benar telah ditutup oleh kerajaan BN," ujar beliau.
"Saudara Zunar telah membuktikan bahawa kartun bukan setakat hanya untuk bersuka-suka dan menimbulkan rasa humor semata-mata. Apa yang kita dapati, setiap hasil karya Saudara Zunar begitu sarat dengan mesej kebenaran tetapi ia disampaikan dengan cara yang santai. Maknanya dalam keadaan kita ketawa, kita mendapat kebaikan daripada kartun beliau, " tambah beliau lagi.
"Antara bukti hasil karya Zunar sangat berkesan ialah setiap kali keluaran terbaru hasil karya Zunar sudah pasti ia dirampas oleh pihak KDN. Ini menunjukkan bahawa pihak pemerintah UMNO/BN amat takut dengan mesej-mesej benar yang terdapat dalam kartun Zunar, " kata beliau lagi.
Selepas ucapan perasmian, YB Haji Anuar telah melancarkan majalah terbaru Zunar iaitu "Sumpah di Bumi Komisyen". Sebagai simboliknya, YB Haji Anuar telah menumbuk dan mengoyakkan lambang dacing BN dan mengambil majalah tersebut.
YB Haji Anuar mengoyak lambang BN simbolik pelancaran Majalah Sumpah di Bumi Komisyen disaksikan oleh Zunar.
ar_rawa

1 ulasan:
Assalamualaikum.
Tahniah atas kejayaan menganjurkan program yang sangat baik untuk penduduk sekeliling.
Catat Ulasan