ADUN CHANGKAT JONG SAMPAI BANTUAN TAHUN BARU CINA
>> 03 Februari 2010
TELUK INTAN, 2 Februari - Demi merealisasikan DUN N56 Changkat Jong sebagai DUN Sejahtera, usaha-usaha kebajikan dilakukan dengan begitu aktif sekali oleh ADUN Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar bin Sudin.
Bertempat di Taman Desa Bakti, Teluk Intan, ADUN Changkat Jong telah sanggup pergi rumah ke rumah untuk menyampaikan sendiri sumbangan sempena Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tumpuan sudah semestinya kepada golongan kurang mampu dan warga emas. Keprihatinan terhadap masalah rakyat sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh golongan tersebut bagi menyambut musim perayaan ini.
Sebanyak 30 keluarga telah menerima sumbangan tersebut di mana YB Anuar diiringi sendiri oleh isteri beliau, Puan Hajjah Faridah Rajiah di mana kebanyakan penerima ialah dalam kalangan kaum tionghua.
Ah Sang menerima sumbangan daripada YB Anuar di rumahnya.
Salah seorang penerima yang dikenali sebagai Ah Sang, 55 tahun, menderita kerosakan buah pinggang selama dua tahun. Beliau yang hanya bekerja sendiri cuma mendapat bantuan dari kerajaan bagi mencuci buah pinggangnya selama setahun sahaja dan akan berakhir pada Mac 2010. Beliau terpaksa membelanjakan RM120 bagi setiap kali cucian buah pinggangnya di mana ia perlu dilakukan sebanyak 3 kali seminggu. Ini bermakna, beliau terpaksa membelanja sebanyak RM1440 sebulan bagi tujuan tersebut.
Pada masa yang sama, beliau terpaksa menanggung perbelanjaan lain seperti bayaran pinjaman perumahan, bil-bil air dan elektrik, serta menanggung empat orang anak yang masih belajar di kolej dan sekolah.
Ah Sang dulunya penyokong kuat BN dan bekas ahli Parlimen Teluk Intan iait uDatuk Mah Siew Keong yang berjanji akan memberikan bantuan. Namun hatinya telah berubah apabila Datuk Mah Siew Keong gagal menunaikan janjinya setelah beliau kalah di dalam PRU12 lepas.
Bagi YB Haji Anuar pula, masih banyak lagi bantuan yang akan disampaikan kepada rakyat yang kurang mampu bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Ini semuanya demi memastikan rakyat menikmati kesejahteraan hidup.
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan