PEMUDA DITUGASKAN CUNGKIL IDEA GENERASI MUDA (boleh diharap ke si khairy tu?)
>> 18 Februari 2010
PUTRAJAYA: Pergerakan Pemuda Umno akan mengadakan perjumpaan dengan golongan muda untuk mendapatkan idea mengenai isu-isu semasa, serta harapan mereka terhadap dasar-dasar kerajaan.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pergerakan itu diminta berbuat demikian oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar idea dan harapan golongan muda dapat disampaikan dan seterusnya diambil tindakan oleh kerajaan.
"Zaman kerajaan tahu segala-galanya dah tamat. Jadi Pemuda Umno ditugaskan untuk mencungkil daripada generasi muda yang tidak semestinya ahli Pemuda, Umno atau Barisan Nasional (BN), apakah permintaan dan harapan mereka daripada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mengetuai Exco Pemuda Umno mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri, di sini hari ini.
- Yang meminta dan yang kena minta dua kali lima, lima kali dua. Sama saja. Kekeringan idea. Kalau bagi ideapun, idea merapu yang boleh merosakkan agama, bangsa dan negara.
- Satu lagi, eloklah Si Najib tu bagi kerja sikit pada Si Khairy yang tak ada kerja dalam kabinet tu. Daripada buat perkara yang merapu, elok juga dia mencari idea kemudian bagi pada Najib. Najib dapat nama.
- Akhirnya Najib yang dapat nama. Khairy juga yang melopong. Jadilah budak suruhan Najib sampai bila-bila.
0 ulasan:
Catat Ulasan