BLOGGER ADALAH 'PEOPLE CONNECTOR'
>> 21 Februari 2010
Haji Nizar bersama Ketua Penerangan PAS Perak, YB Khalil Idham Lim.
PARIT BUNTAR, 20 Februari - Blogger adalah penghubung kepada manusia atau 'people connector' yang menghubungkan antara manusia dengan manusia melalui jaringan maklumat atau infromasi. Demikian menurut YB Dato' Seri Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam sesi wacana dan dialog bersama para blogger di dalam Konvensyen Blogger PAS Perak 2010. Konvensyen telah diadakan Bio Career, Parit Buntar, Perak. Ia adalah anjuran Lujnah Penerangan PAS Perak.
Bio Career Parit Buntar tempat konvensyen berlangung.
Menurut Haji Nizar, blogger tidak sepatutnya menjadi seperti posmen yang sekadar menghantar maklumat dan kerjanya tamat di situ sahaja. Sepatutnya para blogger memikirkan cara bagaimana maklumat yang ditulis di dalam blog mereka itu dapat dihantar kepada orang lain dan maklumat tersebut dapat dimanfaatkan oleh orang pula.
Haji Nizar menerima cenderamata daripada pihak pengurusan Bio Career.
"Apa yang penting ialah pada penghujungnya, maklumat yang kita hantar itu sampai kepada sasaran dan maklumat kita telah disebarkan pula melalui cetakan ke tempat-tempat awam seperti masjid, surau, pasar dan lain-lain," tambah beliau.
Seorang peserta mengemukakan soalan dan pendapat kepada Haji Nizar.
Antara para blogger yang hadir ke konvensyen.
"Lebih hebat lagi jika blogger berkemampuan untuk membuat analisis berdasar isu dan fakta benar dan kita mampu pula membuat telahan dan jangkaan pada masa akan datang akibat isu tadi. Barulah orang akan menghormati kita sebagai blogger PAS."
Pada masa yang sama, Haji Nizar menasihati para blogger agar menjaga akhlak dan etika sebagai seorang Islam yang sentiasa berhati-hati pada setiap apa yang ditulis agar ia tidak bertukar daripada mencari pahala kepada mendapat dosa.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua blogger Perak yang sentiasa memberikan sokongan semasa PR memerintah Perak sehinggalah ketika kerajaan PR dirampas oleh BN.
Beliau juga mengharapkan para blogger meningkatkan lagi kualiti persembahan blog melalui maklumat terkini negeri Perak dan penggunaan bahasa yang sopan dan terhormat.
"Rakyat di luar Perak sentiasa menanti-nanti berita dari Perak melalui blog-blog kita (Perak). Oleh itu, para blogger Perak harus sentiasa memuatkan berita-berita tepat dan cepat dari sini agar rakyat luar Perak sentiasa mendapat berita terkini."
Akhir sekali, beliau berharap para blogger dapat menangkis serangan musuh dan pada masa yang sama mampu melemahkan musuh.
(Foto ihsan Blog Ajijoi dan Dewanpemudapastelukintan)
ar_rawa

0 ulasan:
Catat Ulasan