KENYATAAN RASIS : PEGAWAI KHAS PM LETAK JAWATAN
>> 03 Februari 2010
Nasir, tambahnya, memohon maaf terhadap sebarang kenyataannya yang menyinggung mana-mana pihak.
Menurut sumber, Nasir telah menimbulkan kemarahan hadirin apabila dia melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.
Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.
Pemuda MIC dijadual membuat laporan polis lewat hari ini dan satu memorandum bantahan akan juga dikemukakan kepada Najib apabila beliau dijadualkan melawat Melaka pada 4 Februari.
Sementara itu, presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu melahirkan rasa marahnya berhubung insiden berkenaan.
Beliau yang menyifatkan insiden itu sebagai isu perkauman yang melampau menggesa perdana menteri mengambil tindakan sewajarnya ke atas pembantunya.
3 ulasan:
ni la yg menggagalkan 1malaysia ni..ISA kan je..
bila dah letak jawatan selesailah kes..takkan kita tak ingat cerita kat penang kot. kena gantung jap, lepastu selesai..
kita tengok apa samy boleh buat..tunggu....asaya jamin tak dak cerita isa punya..lagipun pr tak sokong isa..haram..cam kat perak darul kartun ada haram ja....
sape lagi...nan sgsmk
elok hantar kat sg samak pegawai ni..jaga pokok gaharu...cam ner nan..k tak..kah kah lkaqh
Catat Ulasan