AMANAT TOK GURU MURSYIDUL AM DALAM IJTIMA' PRK P059
>> 09 Mac 2009
9.3.2009 - Ahli PAS hendaklah menganggap gerak kerja dalam politik Islam ini bukan sekadar satu kegiatan tetapi mesti menganggap ia satu kewajipan. Ambil iktibar dari doa iftitah : Sesungguhnya solat, ibadahku (kegiatan hidup sehari-hari), hidup dan matiku hanya kerana Allah Taala. Tuan Guru telah berucap dalam majlis Ijtima' Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang di hadapan para petugas yang datang dari seluruh negeri Perak. Majlis telah dadakan di Markaz PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Cempedak.
"Sempena Maulidur Rasul ini kita mesti yakin bahawa PAS sahajalah yang sebenarnya yang menghayati Maulidur Rasul dengan cara kita bekerja untuk menegakkan Islam sebagaimana sirah Rasulllah saw; sedangkan UMNO hanya menghayatinya melalui slogan-slogan cinta Rasul yang sedap didengar tetapi penuh dengan kekosongan," tegas Tuan Guru.
"Apa yang UMNO buat, PAS pun boleh buat. Sebut sahaja, buat bangunan, buat jambatan dan macam-macam lagi; kita bleh buat. Tapi sebaliknya, apa yang PAS buat, UMNO tak boleh buat iaitu pembangunan taqwa" kata Tuan Guru lagi.
Oleh kerana itu, taqwa adalah sebaik-baik bekalan kerana taqwa bermaksud buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kita mesti taqwa dalam politik, taqwa dalam sosial, taqwa dalam pendidikan, taqwa dalam ekonomi dan sebagainya.
Tuan Guru berkata, taqwa akan menjadi pancaindera kepada kita. Ia akan menjadi penyuluh untuk mengenal yang mana halal dan mana yang haram. Mata kita tidak dapat membantu kita mengenal halal dan haram.
Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Haji Ahmad Awang. Antara penceramah yang memberi motivasi kepada petugas pilihanraya kecil ialah Ustaz Idris Hj. Ahmad, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh dan Datuk Mahfuz Omar.
Ucapan penutup pula diisi oleh Menteri Besar YAB Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Haji Asmuni Awi dan Datuk Husam Musa.
Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi para peserta ijtima' tetap setia menunggu sejak pagi lagi bagi mendengar amanat-amanat yang disampaikan oleh pimpinan parti sehingga majlis tamat pada jam 1.30 petang.
0 ulasan:
Catat Ulasan