RASUAH UMNO SEMAKIN MEMBUSUNG
>> 20 Mac 2009
Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung tidak sampai seminggu lagi. Walau bagaimanapun, pelbagai masalah menyelubungi parti itu. Siasatan aduan rasuah politik yang berjumlah lebih 900 tiada upaya hendak dibereskan. Syak wasangka rakyat terhadap keterbukaan dan ketelusan UMNO semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Bagi mereka, rasuah merupakan najis yang tidak ada jalan keluar bagi orang-orang yang menganggotai parti itu.Hal ini menjadikan barah jenayah itu berkembang biak tanpa kekangan. Ahli-ahli UMNO sedar bahawa Lembaga Disiplin UMNO tidak menang tangan untuk membanteras perbuatan celaka itu. Lantaran itu, golongan serakah dalam UMNO mengambil kesempatan mempergiatkan aktiviti yang menyalahi hukum agama itu.
Dalam kegawatan itu, Najib menghuruharakan politik Perak dengan membentuk kerajaan haram melalui penculikan ADUN, bukan sahaja ADUN PKR/DAP malahan juga ADUNnya yang telah menyeberang ke kem lain. Episod itu telah menyeret krisis perlembagaan yang serius sehingga murid-murid yang pernah mempelajari Bab 7 dalam Buku Teks Sejarah Tingkatan 5 dan pelajar-pelajar kolej yang mengambil kursus Pengajian Malaysia terpinga-pinga dan keliru tentang benar atau tidak pengasingan kuasa wujud dalam sistem pemerintahan negara ini.Mereka benar-benar tergamam apabila melihat UMNO/BN memperkosa dua prinsip Rukun Negara, iaitu keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Di mana kredibiliti dan integriti para pemimpin dan ahli UMNO diletakkan? Mereka memang pengkhianat.
Kecelaruan demi kecelaruan membelit pemikiran rakyat yang tidak bersalah. Situasi demikian telah mendedahkan Perak kepada jaringan bersimpul mati. Permusuhan akan merebak. Kebencian tidak bersempadan atas kecelaruan ini berkembang menjadi perpecahan.Bayangkanlah keparahan yang diakibatkan oleh pertembungan kegawatan politik dengan kegawatan ekonomi yang semakin menggila sedangkan tiada tanda-tanda noktah yang kelihatan.
Hanya satu yang pasti berlaku jika keadaan itu berterusan, iaitu kemusnahan. Rasuah, kegawatan politik, dan kegawatan ekonomi bersatu menongkah arus lantas menenggelamkan kewibawaan pemimpin-pemimpin UMNO/BN lalu membentuk jerangkap samar yang tersedia menungggu korban.PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT GANTANG!PENGUNDI-PENGUNDI DI BUKIT SELAMBAU!PENGUNDI-PENGUNDI DI BATANG AI!Anda semua diberi peluang untuk memilih. Perlukah anda memilih parti yang bergelumang dengan rasuah?
Jika anda pilih perasuah, anda bersekongkol dengan mereka. Moral anda juga boleh dipertikaikan.Oleh sebab itu, jangan buat keputusan yang merugikan kita dan anak cucu kita pada masa hadapan.
Hentikan mengundi UMNO/BN. Mari kita kuburkan UMNO/BN di Malaysia.UNDILAH PAS!!! UNDILAH PKR!!!ALLAHU AKBAR!!! "
(tranungkite online)
0 ulasan:
Catat Ulasan