TAKTIK KOTOR DARI PARTI NAJIS
>> 21 Mac 2009
Jika anda terjumpa gambar ini di Bukit Gantang sila serah serahkan kepada pimpinan atau petugas PR.
Musuh politik Pakatan Rakyat (PR) sudah kekeringan modal untuk bertanding secara yang sihat dan bermaruah. Mereka menggunakan lakaran gambar Tuanku dan Mufti kononnya dibuat oleh PR bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada Tuanku dan Mufti. Inilah kerja jahat mereka dengan menggunakan propaganda murahan yang paling tidak bermaruah. Gambar ini disebarkan ke seluruh kawasan Parlimen Bk. Gantang.
PAS telah membuat penafian yang sekeras-kerasnya mencetak dan mengedar gambar ini. Repot polis telah dibuat di Balai Polis Changkat Jering oleh YB Khalil Idham Lim, Ketua Penerangan bagi Jentera Operasii PRK Bk. Gantang yang menuntut pihak polis membuat siasatan rapi serta mengambil tindakan ke atas mereka yang mencetak dan mengedar gambar tersebut.
Kita ingin memberi amaran kepada UMNO dan konco-konconya sama ada parti atau individu, agar bertandinglah secara anak jantan, jangan secara anak pondan. Jangan berselindung disebalik isu sentimen orang Melayu iaitu agama dan raja bagi meraihkan kemenangan.
Bagi kami, pimpinan PR sentiasa mengingatkan bahawa apa yang berlaku di Perak bukan masalah institusi raja dan mufti. Ia adalah masalah politik. Masalah politik harus diselesaikan dengan cara politik. Jangan babitkan pihak lain.
Malah kami sentiasa diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang isu yang berkaitan dengan mufti dan raja. Fiada isu sebenarnya dari pihak istana atau mufti kerana musuh kami sebenar masa ini ialah UMNO dan Barisan Nasional.
Jadi, tolong jangan bermain taktik najis ini. Bagi sesiapa yang ada menyimpan niat untuk membuat poster seperti di atas lagi, anda dinasihatkan berhenti melakukannya.
Mari kita berdepan dalam pilihanraya kecil ini secara anak jantan mengikut lunas demokrasi buka tipukrasi dan najiskrasi.
5 ulasan:
Budaya memfitnah dan tektik kotor ne memang mainan puak-puak 'celaka',puak-puak neh dah tau tidak mampu berdepan dengan PAS secara jantan,maka tektik memfitnah inilah senjata tumpul mereka........
UMNO DAH TAK RELEVAN KINI DAN SELAMANYA
Memang puak2 PAS di Perak CELAKA dan MENDERHAKA..Patut malu mengaku diri penyokong atau ahli Parti Islam konon..Hipokrit yang terbesar dewasa ini adalah PAS..Kokok berdegae2 tapi ekor bergelumang dgn najis.. PAS tidak lagi relevan sekarang...Kafir Harbi DAP lagi relevan...Ciumlah bon... Nga dan Ngeh wahai Si Nizar Si Pendurhaka Wahid..
MENGAKU AJE LA, UMNO PUNYA ANGKARA BUAT POSTER KHIANAT TU...
Pok Nik kelate ni baru tubik dari gua ke?jenis nate gapo hok tok reti basa super demo weh?menate pun reti pilih gu,demo ne jenis gapo?
Catat Ulasan