MUHASABAH DARIPADA ORANG YANG NAK PENCEN (dulu, kini & selamanya memang tak pernah sedar)
>> 26 Mac 2009
Ucapan dasar terakhir Presiden yang nak pencen ini "Masa Depan dan Survival Parti" paling dinanti-nantikan untuk mengetahui arah tuju parti itu, kritikannya pada pembangkang dan sikapnya di penghujung kepemimpinan nasional. Dalam ucapannya yang bermula selepas jam 10 pagi, Abdullah menyebut lima faktor yang menjadi punca penolakan rakyat terhadap Umno:
- setelah selesa kerana lama berada di tampuk kuasa, sebahagian pemimpin Umnotidak seakrab dahulu dengan rakyat jelata yang selama hari ini menjadi akar kekuatan Umno.
- tumpuan yang kurang seimbang kepada masyarakat luar bandar dalam keghairahan dan hasrat untuk mencapai status negara maju di peringkat global.
- program-program politik Umno yang kurang berkesan mendampingi generasimuda, selain dari apa yang dilaksanakan oleh pelbagai institusi kerajaan.
- perbalahan berpanjangan sesama sendiri terutama ketika berebut jawatan didalam parti telah meruntuhkan semangat kekeluargaan di kalangan ahli.
- sifat mengutamakan kebendaan hingga menjadikan sebahagian ahli bersifat tamak – bersifat haloba, lalu memberikan persepsi negatif bahawa Umno adalah partiyang korup.
"Faktor-faktor dalaman tersebut telah memberikan modal besar kepada musuh-musuh Umno untuk memburukkan Umno. Ditambah pula dengan sikap dan gelagat watak-watak Melayu tertentu yang mengangkat bola tanggung hingga memberi ruang seluas-luasnya untukorang-orang Melayu dan bumiputera boleh dilibas atau dicerca sewenang-wenangnya.
"Akhirnya susulan dari gerakan tersusun menyerang dan mencalarkan Umno secara berterusan, minda warga berjaya diracun, hingga sampai ke tahap warga pada hari ini, tanpa penilaian rasional dan objektif begitu mudah mempercayai dan menerima setiap fitnah yang dilemparkan kepada Umno," tambahnya.
Dengan nada amaran, bimbang Umno dan BN akan terkubur dalam pilihanraya umum akan datang, Abdullah menggesa semua peringkat kepemimpinan parti itu agar segera berubah dan bukannya mengulang langkah "order lama" yang mengekang kebebasan rakyat. "Ada juga yang masih berpendirian bahawa kita tidak perlu melakukan perubahan. Mereka mempercayai bahawa Umno akan kembali mencapai kemenangan jika kita kembali kepada cara lama - kepada order lama, dengan menyekat kebebasan warga - dengan menghalang warga dari menyuarakan kritikan.
"Mereka berpandangan bahawa Umno itu boleh terus berkuasa dan kekal kuat dengan kaedah menjaga kepentingan beberapa individu tertentu, dan memenuhi tuntutan-tuntutan kumpulan tertentu," katanya.
"Jika laluan lama itu yang dipilih, saya berpandangan bahawa kita telah memilih laluan yang salah; laluan yang membawa kita ke belakang. Saya bimbang laluan tersebut akan lebih mempercepatkan berakhirnya talian hayat Umno. "Jika kita tidak melakukan perubahan berani, selaras dengan transformasi masyarakat yang begitu dinamik dan perkembangan global yang begitu radikal, kita akan menyaksikan hari-hari berakhirnya parti Umno yang kita kasihi ini."(malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan