GEMPAR : RAMAI MAKAN BANGKAI AYAM..!
>> 20 Mac 2009
Satu kes penyembelihan ayam tidak mengikut syarak dikesani berlaku di sebuah rumah penyembelihan tidak berlesen yang disenggara oleh warga tempatan. Ia dipercayai untuk diedar ke beberapa pasar dan restoran sekitar Selangor.
Apa yang menyedihkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor lansung tidak diendahkan.
Pendedahan di TV3 mengenai satu serbuan di Kg Ara Damansara menunjukkan semua ayam yang ditemui tidak disembelih malah diproses tidak mengikut hukum syarak. Ayam terbabit dikhuatiri dilemaskan terlebih dahulu sebelum disembelih bagi mempercepatkan proses penghantaran. Ia turut dicampur dengan ayam yang diproses untuk golongan bukan Islam.
Apa yang mengejutkan terdapatnya tin-tin arak ditemui di tempat memproses ayam. Rumah penyembelihan ini turut menggaji pekerja asing. Timbalan mufti negeri Selangor, Dtuk Abdul Majid Omar mengesahkan semua ayam yang diproses ini tidak halal dimakan.
“Kerana dia menyembelih tu terlalu ke pangkal leher jadi lidah dia tersekat. Jadi ayam ini dikira bangkai.. tak boleh dimakan. Yang kedua kita dapati bercampur, ada ayam yang dicucuk di sini juga. Ini boleh meragukan,” katanya.
Difahamkan lelaki yang menyeggara pusat penyembelihan ini pernah mendapat tunjuk ajar dari Jabatan Agama Islam Selangor mengenai cara penyembelihan yang betul tetapi ianya tidak diambil kisah.
Persoalan kini: Rumah penyembelihan itu tidak berlesen. Bagaimana ia boleh dibenarkan beroperasi sehingga kini, malah sewaktu serbuan itu dilakukan kenapakah tidak ada penguatkuasa undang-undang turut serta bagi mengambil tindakan kepada pemilik rumah penyembelihan berkenaan? -GB
0 ulasan:
Catat Ulasan