TANGGAL 03/03 YANG DINANTI-NANTI PENUH DEBARAN
>> 02 Mac 2009
2.3.2009 - Rakyat negeri Perak amat berharap agar Sidang DUN Tergempar dapat diadakan. Harap ia dapat diadakan demi keadilan. Bagi kita, dengan adanya sidang tergempar ini, sebahagian masalah mungkin dapat diselesaikan.
Kita ingin melihat setakat manakah ADUN BN mematuhi undang-undang. Jangan hanya berselindung di sebalik istana sebagaimana yang selalu diperkatakan oleh pimpinan UMNO. Yang terbaru, melalui ADUN Mohd. Zahir Abdul Khalid yang masih mengunakan kata-kata keramat mereka iaitu tidak menghormati sultan serta tidak setia kepada titah Sultan Perak terhadap Speaker Dewan, YB V. Sivakumar.
Kepada semua ADUN Pakatan Rakyat, selamat bersidang.
0 ulasan:
Catat Ulasan