TARIKH KERAMAT 8 MAC : GENAPLAH SETAHUN KEMENANGAN RAKYAT
>> 08 Mac 2009
- Barangkali ramai yang sudah terlupa akan tarikh 8 Mac ini.
- 8 Mac adalah tarikh PRU12 2008
- 8 Mac adalah satu tarikh yang telah mengubah lanskap politik negara ini.
- 8 Mac memberi peluang Pakatan Rakyat (PAS, DAP dan PKR) memerintah Perak, Kedah, P. Pinang, Selangor dan Kelantan termasuk Wilayah Persekutuan KL)
- 8 Mac menyebabkan BN/UMNO jatuh terduduk dan terkejut beruk.
- 8 Mac melihat yang pembangkang menjadi pemerintah; yang pemerintah menjadi pembangkang
- 8 Mac menyebabkan yang sepatutnya kalah menjadi menang; yang sepatutnya menang menang menjadi kalah.
- 8 Mac menyebabkan SPR, polis, agensi kerajaan lain pun pening kepala kerana tak dapat memenangkan BN.
- 8 Mac menyebabkan orang yang paling lama berkuasa duduk di atas telah jatuh tergolek seperti SamyVellu.
- 8 Mac melihat orang yang menang tidak menyangka boleh menang, dan yang kalah tidak sangka kalah.
- 8 Mac melihat orang gila yang berkuasa telah menjadi semakin gila dan ada yang betul-betul menjadi gila !
- 8 Mac menjadi saksi kebangkitan rakyat ibarat tsunami menyapu habis segala apa yang dilanda.
- 8 Mac melihat kaum India dan Cina telah memberi sokongan padu kepada PR
- 8 Mac juga melihat masih ramai lagi orang Melayu yang tak masihsedar-sedar menyokong UMNO/BN akibat kegelapan hidayah
- 8 Mac dilihat oleh rakyat sebagai rahmat dan ni'mat dari Allah; sedang bagi UMNO/BN sebagai bala dan malapetaka dari Allah.
- dan ada banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan tarikh keramat 8 MAC ini, kita fikirlah sendiri
Namun, bagi kami di DUN Changkat Jong, tanggal 8 Mac juga amat amat bermakna sekali. Tiada kata yang dapat menggambarkan suasana kemenangan ini. Hanya terkeluar dari mulut ialah ucapan syukur. Subhanallah, Alhamdulilah, Allahu Akbar !
Hanya sedikit gambar yang dapat menggambar suasana menerima kemenangan manis ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan