SIAPA NAK TENGOK SPESIES BARU : SATU TELINGA DUA LIDAH ?
>> 11 Mac 2009
Dalam perjalanan ke Bidor, saya ternampak satu banner di simpang Teluk Intan - Bidor. Besar bannernya. Kereta saya berhenti kerana lampu isyarat merah. Ada le peluang membaca ayat banner tersebut. Apabila baca sahaja banner tu...nak termuntah rasanya.
Apa taknya, cuba baca ayat banner tu :
TAHNIAH BARISAN NASIONAL
SIAPA KATA KITA TAK BOLEH PERINTAH SEMULA
Bangga sangat nampaknya UMNO ini kerana dapat memerintah kerajaan Perak dengan cara zalim dan jijik serta najis ini.
Bangga sangat nampaknya UMNO ini kerana dapat memerintah semula dengan cara paling tidak demokratik dalam sejarah politik negeri, negara mahupun dunia.
Dia rampas semula negeri Perak daripada Pakatan Rakyat dengan menculik ADUN, ugut, rayu, pujuk, ikut pintu belakang, dan sebagainya selepas tu bangga mengatakan : Tengok...kami dah menang !
Kalau nak tau, INILAH DIA SPESIES YANG DIKATAKAN OLEH PAK SAMAD SAID IAITU BERTELINGA SATU, BERLIDAH DUA.
Cuma tak pasti, adakah spesies ini haiwan mamalia atau reptelia. Antara ciri-ciri spesies baru ini ialah :
Yang pastinya, makhluk ini memang tak tau malu. Tak tau malu nak buat dosa. Memang najis sungguh haiwan ini. Bentang bajet pun tidak profesional. Nadanya penuh dengan sindiran dan tidak ikhlas. Senyumannya suka mengena dan suka menganiaya orang lain. Suka ambil kesempatan atas orang lain. Selepas buat hal di negeri orang, dia cabut lari.
Kemudian saya menemui satu gambar yang mana ciri-ciri spesies ini (satu telinga, dua lidah) ini daripada internet. Cubalah tengok lagi sekali. Betul tak ?
0 ulasan:
Catat Ulasan