Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

CATATAN 3 HARI 2 MALAM DI KAWASAN BUKIT GANTANG

>> 17 Mac 2009


MTD Trong dan UPU Sg Tinggi tempat kami bertugas.

Bertugas di Bukit Gantang selama 3 hari 2 malam memang mengujakan. Begitu banyak pengalaman yang diperoleh selama bertugas ditempat yang ditetapkan. PAS Kawasan Teluk Intan ditugaskan membantu di dua tempat iaitu Sungai Tinggi dan Padang Gajah. Jarak antara kedua-dua tempat ini memakan masa 10 minit.
Ikutilah catatan selama kami berada di sana :
Sabtu, 14 Mac 2009
9.15 pagi - Saya memulakan perjalanan ke Sungai Tinggi, Trong. Turut serta ialah Hj. Sulaiman dan Sdr. Mokhtar. Kami ke sana mengikut jalan ke Pantai Remis. Perjalanan ke sana biasanya mengambil masa 1 jam setengah.

11.30 pagi - Kami tiba di Sungai Tinggi. Kami terus check in di rumah penginapan bagi petugas Teluk Intan di Sungai Tinggi. Rumah kampung ini tiada berpenghuni selama dua tahun. Nyamuk banyak juga walaupun kami petugas sebelum ini telah memasang jaring pada setiap tingkap. Selepas memunggah bagasi, kami terus mencari kedai untuk makan tengah hari.

Rumah penginapan petugas.
12.30 tengah hari - Kam melapor diri di MTD Trong di Sungai Tinggi. UPU tempat kami bertugas terletak dekat MTD. Kami disambut oleh Setiausaha Bilik Gerakan, Ustaz Khairul. Kami menyerahkan segulung bendera kepada UPU Sg Tinggi.
1.30 petang - Kami solat Zuhur di Masjid Jamek Sg Tinggi.
2.30 petang - Kami ke UPU Padang Gajah. Singgah di kedai Nana Kassim, ketua UPU. Kami serahkan segulung lagi bendera. UPU di sini memang amat memerlukan bendera.

5.0o petang - Selepas berehat dan solat, kami diziarahi oleh Ustaz Ismail Che Nik, YDP Teluk Intan yang baru balik dari Kuala Kurau. Selepas itu, kami ke UPU Sg Tinggi, cari kerja. Di sana, saya membuka laptop membuat poster dan buku aturcara bagi program Sukaneka PASTI Sg Tinggi yang akan diadakan pada 22 Mac ini. Selepas siap terus cetak dan fotostat di bilik MTD.

8.30 malam - Kami ke Bilik Gerakan UPU Padang Gajah pula. Dalam perjalanan, kami nampak ada ekspo di tapak pasar malam Sg Tinggi. Dengar ceritanya esok MB Haram datang bersama Mat Taib. Di sana, sudah ramai petugas. Siap menunggu ialah Nana Kassim. Dia bagitau bahawa esok Muhammad Taib dan MB Haram akan datang di sini rasmi pecah tanah kampung tersusun. Oleh kerana jalan masuk ke tapak perasmian tu berhadapan Bilik Gerakan, saya cadangkan letak bendera banyak di kawasan itu.


Banner program pecah tanah ini banyak tapi yang hadir menyedihkan...kesian...

10.30 malam - Selepas membantu Padang Gajah, kami ke UPU Sg Tinggi. Di sana, kereta banyak. Rupa-rupanya ada mesyuarat di MTD. Kami duduk di luar aja.

12.00 malam - Kami balik ke rumah.
Ahad, 15 Mac 2009
8.30 pagi - Dalam perjalananke Padang Gajah, kami singgah ke ekspo. Orangtak berapa ramai. Terdapat banyak khemah. Di satu sudut, kelihatan MB haram sedang ditemu ramah oleh TV. Pelik...tak seorang pengunjungpun yang teruja melihat MB haram ini. Orang ramai hanya lalu lalang sahaja di hadapan MB haram ini. Yang mengerumuni anak Kadiaq ini hanya krew RTM. Saya tengok Mat Taibpun tercangak-cangak diri sorang-sorang.


Tak malu ..... UMNO/BN Padang Gajah menggunakan Dewan Orang Ramai sebagai Bilik Gerakan.

9.00 pagi - Perasmian ekspo berlangsung, tapi orangtak berapa ramai kalanak dibandingkan saiz khemah yang besar walaupun yang datang tu MB haram dan menteri pusat, Mat Taib. Saya mengajak kawan-kawan bergerak ke kereta untuk menuju ke Padang Gajah.

10.00 pagi - Kami berada di Bilik Gerakan Padang Gajah. Sambil-sambil tu menunggu rombongan MB haram datang rasmi pecah tanah. Sambil tu, tolong memasang bendera dan mengemas kawasan.
11.00 pagi - Rombongan MB haram tiba dengan iringan 10 buah kereta. Saya ajak kawan-kawan meninjau tapak perasmian pecah tanah.Tiba di sana, kami dapati indah khabar dari rupa. Kalau berdasarkan hebahan seperti banner dan poster termasuk radio Perak, besar sungguhlah majlis tu. Rupa-rupanya, lebih kurang 20 ke 30 orang sahaja yang hadir.

3.00 petang - Kami berkejar ke Sungai Rotan kerana MB Nizar ada program bertemu masyarakat Cina dan India. Hujan turun lebat sekali. Saya rasa mungkin orang tak ramai datang ke majlis itu. Sampai di sana, hujan masih turun lebat. Hj Nizar dah sampai rupanya. Mengejutkan..walaupun hujan lebat, tetapi penduduk Cina dan India telah memenuhi khemah! Separuh majlis,hujan berhenti. Masih ada lagi penduduk yang datang. Agaknya, kalau program itu MB haram yang datang dalam hujan lebat begini, haram penduduk sanggup datang agaknya.

5.30 petang - Kami ke MTD Trong di Sg Tinggi menunggu rombongan petugas Teluk Intan seramai 3 orang.

8.30 malam - Ke Padang Gajah bantu potong bendera, pasang bendera dan tampal poster. Tolong buat persiapan ceramah esok oleh Hj. Nizar.

Isnin, 16 Mac 2009
9.00 pagi - Kami banyak menghabiskan masa di UPU Sg Tinggi. Klip poster. Saya pula sibuk berbincang tentang persiapan terakhir Sukaneka PASTI pada Ahad depan bersama Ustaz Abd. Rahman.
1.30 petang - Solat Zuhur dan berehat di rumah penginapan.
6.30 petang - Minum di kedai Sharif, Sg Kerang sebelum ke Padang Gajah kerana malam ini ada ceramah MB Nizar. Satu lagi rombongan Teluk Intan tiba. Ajak minum sekali.
7.30 malam - Solat Maghrib di Masjid Padang Gajah. Selepas tu terus ke UPU Padang Gajah.

Masjid Sg Tinggi.

8.30 malam - SU Bilik Gerakan MTD minta saya jadi pengerusi ceramah. Tanpa ada persiapan,saya terima juga. Berbaju T dan berselipar sahaja. Tak apalah. orang bukan tengok kaki. Tapi saya terpaksa pinjam vest seorang sahabat untuk menutup T shirt.

10.00 malam - Saya memulakan majlis ceramah. Orang mula datang. Melayu, Cina dan India samap-sama hadir.Sambutannya agak meriah. Ustza Nor Azli, bekas calon Trong berceramah dulu. Kemudian saya menjemput YB Yew (ADUN Aulong), YB Yunus Jamsari (ADUN K. Kurau), Dr.Kong (bekas ADUN Pokok Assam) dan Senator Mumtaz. Hebat kesemua penceramah malam tu.

11.15 malam - Akhirnya tiba saat dinanti. Saya telah menjemput YAB Hj.Nizar menyampaikan ceramah. Hebat MB kita ni..Banyak maklumat terkini telah beliau sampaikan. Diselang seli dengan joke yang segar. Orang Melayu, Cina dan India khusyu' mendengar apa yang dikatakan oleh MB Nizar.

12.05 malam - Ceramah tamat. Setelah bantu sikit-sikit mengemas, saya berjumpa semua pimpinan MTD dan UPU mohon izin balik Teluk Intan kerana tugas telah tamat. Esok, kumpulan lain pula akan sampai.

Alhamdulillah kami tiba di Teluk Intan pada jam 2.30 pagi. Saya menghantar sehingga ke rumah Hj. Sulaiman dan Abang Mokhtar.
(Gambar ihsan pastelukintan.com)

0 ulasan:

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP