BUKAN ISLAM JADI AHLI PENUH
>> 25 Jun 2009
KUALA LUMPUR, 24 Jun: Orang bukan Islam akan diterima sebagai ahli penuh dalam PAS apabila selesai parti Islam itu meminda perlembagaannya nanti.
Menurut sumber, sebagai ahli penuh, mereka berhak memilih dan dipilih untuk semua jawatan dalam organisasi parti itu.Sebelum ini, orang bukan Islam dicadangkan menjadi ahli bersekutu sahaja bukan ahli penuh.
Namun, kebanyakan pemimpin PAS dikatakan bersetuju agar mereka diberikan status ahli penuh.
Untuk itu, jawatankuasa teknikal yang ditubuhkan oleh PAS untuk meminda perlembagaannya bagi membolehkan mereka menyertai parti Islam itu sedang membuat persiapan ke arah itu. (siasahdaily)
2 ulasan:
okla 2, sampai bila kita nak buat tranformasi kalu tak sekarang? CUMA yang penting dasar kita tak berubah.
Insya Allah, dasar kita tetap Islam. Mari kita letakkan wala dan thiqah sepenuhnya kepada ulama yang memimpin kita.
Catat Ulasan