CATATAN SEORANG PERWAKILAN (3)
>> 08 Jun 2009
... bersambung
6 Jun 2009 / Sabtu
Awal pagi lagi kami dah bersiap. Malam tadi kami bertiga sahaja tidur di rumah penginapan. Sdr. Ahmad Kabir dan sahabat-sahabatnya telah balik kerana beliau sedang menguruskan pendaftaran anaknya ke UIA. Selepas bersarapan kamipun bertolak ke Stadium Malawati. Kalu semalam, masih teragak-agak jalan ke sana tetapi hari ini sudah boleh mengingati jalan-jalannya. Perjalanan dari Padang Jawa ke Stadium hanya 10 minit. Bulatan atau roundabout pun banyak juga. Masing-masing diberi nama seperti Bulatan Kayangan dan macam-macam lagi.
Sesampainya di saa saya dan yang lainnya sempatlah singgah-singgah ke gerai untuk membeli cenderamata muktamar untuk keluarga khasnya.
Hampir setengah jam saya singgah-singgah. Akhirnya sayapun masuk ke dalam stadium. Saya lihat YB Hj. Anuar sudah pun ada di tempat duduk perwakilan Teluk Intan. Hari ini merupakan perbahasan ucapan dasar penuh.
Tepat pukul 9.00 pagi, perbahasanpun dimulakan oleh Pengerusi Tetap. Perwakilan Selangor diber penghormatan memulakan perbahasan. Perwakilan tersebut ialah Ustaz Salahuddin Nasir. Sudah lama saya tidakmendengar berita beliau. Alhamdulillah, dapat juga mendengar ucapan beliau.
Antara inti perbahasan beliau ialah perubahan yang kita hendak inilah biarlah berdasarkan Islam, kemenangan kita juga sepatutnya kemenangan bersama Islam, tentang disiplin dan akhlak dalam jemaah perlu diamalkan oleh setiap pimpinan dan ahli jemaah. Memang baik perbahasan Ustaz Salahuddin.
Ustaz Salahuddin pun pandai berpantun yang telah menggamatkan stadium :
"Ustaz Abu Kassim nama diberi nama,
Hari-hari makan nasi lauk sardin;
Dari muda sampai tua jadi Pengerusi.
Tak teringin ke jadi presiden."
Sambil mengukirkan senyumannya, Ustaz Hussin (Timbalan Pengerusi Tetap ) berkata, beliau mewakili Ustas Abu Kasim Abdullah menjawab pantun tersebut. Antara pantunnya berbunyi:
Dari Baling ke Pulau Pinang,
Singgah sebentar ke Kuala Sanglang,
Niat-niat ada kata Abu Kassim nak tanding Mursyidul Am,
Tapi tak tahu Dato' Nik Aziz nak bagi laluan.
Sebenarnya, bukan semua perbahasan dari setiap negeri saya ikuti dengan penuh. Walaupun saya dalam keadaan bersedia mencatat apa jua yang diperkatakan oleh pembahas (saya hanya mencatat isi penting sahaja) namun adakalanya pembahas tidak dapat menepati kehendak agenda iaitu membahaskan ucapan dasar Presiden. Ada yang lebih banyak mempamerkan kebolehan masing-masing berceramah..! Maaflah..kami di sini bukan hendak mendengar ceramah.
Oleh itu, ada pembahas yang saya langsng tdak dapat catat satu perkataanpun kerana mereka menyampaikan sebuah ceramah. Namun ada juga yang saya kagum. Antaranya wakil Melaka (Sdr. Sofi, seorang blogger bernama Mutaligat.blogspot.com) yang meminta bukan sahaja exco negeri PR sahaja kena istihar harta malah setiap AJK PAS Pusat mesti isytiharkan harta masing-masing sebagai lambang telus dan tulus.
Selain daripada itu, perwakilan dari Kedah juga menarik. Mengutarakan konsep TAKWA kepada pimpinan iaitu T= tawadhu', A = amanah, K = kualiti/kekuatan, W = wala' dan A = akhlak.
Kemudian dalam kehangatan perbahasan itu, Timbalan Pengerusi Tetap telah memaklumkan akan pengumuman keputusan pemilihan Pengumuman dibuat oleh Datuk Mustafa Ali selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan. Pada masa itu, masing-masing perwakilan senyap untuk mendengar pengumuman.
Satu persatu setiap jawatan diumumkan. Bermula dengan Timbalan Presiden Datuk Paduka Husam Musa = 281, Hj. Mohamad Sabu = 261 dan Ustaz Nasaruddin = 480. Ustaz Nasa telah menang..!
Kemudian diumumkan pula jawatan Naib Presiden. Yang menang Ustaz Tuan Ibrahim = 871 (undi tertinggi bagi NP..!), YB Salahuddin = 824 (saya dah jangka.!) dan Datuk Mahfuz = 636.
MB kita pun menang sebagai AJK PAS Pusat. Beliau telah mendapat undi tertinggi (854 undi)dalam senarai AJK yang menang. Tahniah Dato' Seri...
Kepimpinan PAS yang baru bagi sesi 2009 -2011. Allahu akbar..!
Semasa diumumkan pemenang AJK PAS Pusat, jari jemari saya sudah mula menekankan butang telefon bimbit untuk menjawab mesej dan panggilan sahabat-sahabat dari Teluk Intan. Penat juga menjawabnya bertanyakan keputusan. Tak menang tangan, orang kata.
Alhamdulillah,selesai akhirnya episod pemilihan parti. Moga semua pimpinan dan ahli dapat merapatkan saf dalam jemaah selepas ini. Bagi kami perwakilan Teluk Intan, 80% apa yang kawasan calonkan telah menang dalam pemilihan ini bagi menerajui parti pengal 2009 - 2011).
Kemudian, perbahasan bersambung semula. Perbahasan oleh wakil Dewan Pemuda PAS Pusat di mana Timbalan Ketua Pemuda Ustaz Azman Shapawi menarik perhatian saya. Apabila saya perhatikan kepimpinan pemuda pusat kali ini, Ketua Pemuda dan Timbalan Ketua Pemuda masing-masing merupakan klon kepada Presiden. Betul kot..(ye la, penampilan dan penyampaian Ustaz Nasaruddin Tantawi dan Ustaz Shapawi semasa ceramah seolah bayangan kepada Tuan Guru Haji Hadi..!)
Antara inti perbahasan Ustaz Azman Shapawi ialah tentang kepimpinan yang berilmu dan berakhlak, pengurusan parti yang mantap, pengukuhan kepimpinan ulama dan manlis syura, mencadangkan pelantikan PJ walaupun Presiden ada hak tetapi perlu mendapat pandangan akar umbi negeru terbabit dan pemilihan /pencalonan AJK usat juga perlu ada baiah sebagaimana dibuat atas calon pilihanraya. Menarik juga...
Kemudian, persidangan berhenti rehat. Kamipun keluar mencari gerai untuk makan...
bersambung lagi...
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan