KARYAWAN PERAK/JARO/UPSI ANJUR SEMINAR MELAYU RAO MALAYSIA
>> 13 Jun 2009
Penulis, penyelidik etnik Melayu dan orang ramai diundang ke Seminar Melayu Rao Malaysia yang akan diadakan pada 25 Julai 2009 di UPSI, Tanjong Malim, Perak. Ucaputama akan dilakukan oleh YABhg Tun Dr Hj Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengerusi PNB.
Sebanyak 6 kertas akan dibentangkan- 3 dari Malaysia dan tiga lagi dari Rao, Sumatera Barat. Urus Setia berhasrat membukukan kertas kerja yang dibentangkan serta ditambah dengan kertas kerja sampingan dan akan dijual pada hari berkenaan. Dua lagi buku iaitu antologi Puisi Rao Nusantara dan Sekondakhati akan turut dijual. Pendaftaran dibuka sekarang. Sila hubungi Urus Setia seperti yang tertera dalam brosur. Tempat adalah terhad. Untuk keterangan lanjut sila klik di sini.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan