CATATAN SEORANG PERWAKILAN (4)
>> 08 Jun 2009
... bersambung
6 Jun 2009 / Sabtu
Lebih kurang pukul 2.00 petang kami masuk semula ke dalam stadium. Perwakilan masih belum ramai yang masuk. Mungkin mereka masih berada di luar. Masih membeli-belah. Masih makan dan sebagainya.
Perbahasan masih diteruskan. Saya sempat mencatat perwakilan Perak iaitu Dr. Khairuddin Dato' Malek bercakap. Sudah pastinya tentang isu panas negeri Perak. Namun selai itu, beliau ada menyentuh tentang peranan ulama dalam mengeratkan hubungan dengan pihak istana berdasarkan apa yang telah berlaku di Perak. Beliau juga memperkasakan gerakan dakwah untuk menyelamat dan menarik orang Melayu.
Wakil Perak, Dr. Kahiruddin Dato' Malek bersemangat berbahas.
Kemudian beberapa pembahas dari negeri telah menyampakan ucapan.
Satu ketika, saya lihat Ustaz Misbah sedang sibuk mengedarkan sesuatu kepada perwakilan negeri Perak. Rupa-rupanya beliau sedang mengedarkan kain pengikat lengan (arm bend) bertulis Bubarkan DUN!!
Ustaz kata kepada beberapa perwakilan bahawa selepas ini akan ada gimik untuk menyatakan pendirian muktamar mendesak membubarkan DUN Perak. Kami telah diagih-agihkan kain tersebut yang berwarna hitam dan bertulisan warna kuning.
Beberapa perwakilan Perak telahpun mula memakai arm bend tersebut. Ada engikatnya pada lengan. Ada yang mengikatnya pada kopiah/kepala. Ini telah menarik perhatian para wartawan dan jurugambar. Tempat perwakilan Perak mula menjadi tumpuan wakil media. Saya lihat Setiausaha Perhubungan PAS Perak, Haji Rahim menjadi tumpuan kerana beliau telah memakainya di kepala.
Tidak lama kemudian, Pengerusi Tetap telah mengumumkan slot khas tentang mendesak dibubarkan DUN Perak. Ucapan telah disampaikan oleh Timbalan Presiden PAS dengan diiringi muzik dan kesan lampu yang amat menarik. Pada waktu yang sama, para perwakilan Perak mla bergerak mengedarkan kain ikat tersebut kepada perwakilan negeri lain.
Ada yang terus naik ke pentas pimpinan untuk memakaikannya pada pimpinan. Menarik sekali. Kemudian secara beramai kami menjerit Bubar..Bubar ! Bubar DUN Perak..!!!
Pesuruhjaya PAS Perak mengikatkan kain pada lengan Presiden.
Muslimat tidak ketinggalan memakai kain ikat di kepala.
Malangnya, tidak semua perwakilan mendapat kain ikat tersebut. Rupa-rupanya Ustaz Misbah cuma dapat membawa 400 kain ikat. Walau bagaimanapun, usaha tersebut amat menarik perhatian dan menjadi lambang sokongan semua perwakilan muktamar untuk membubarkan DUN Perak.
Ramai melilitkannya di kepala.
Berdiri beramai-ramai sambil menjerit "Bubarkan DUN Perak!!!"
Isteri ADUN Changkat Jong, Puan Hajah Faridah tidak ketinggalan memakai arm bend.
Serikandi PAS ! Dari kiri : Hjh Faridah, Puan Aiman Athirah Al Jundi, muslimat, dan Dr. Halimah Ali.
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan