TERKINI : ISU AKHILL DAN ISTERI DI MAHKAMAH SYARIAH
>> 02 Jun 2009
IPOH: Kemuncak ketegangan rumahtangga pendakwah bebas dan penyanyi Akhil Hayy atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hai sampai ke penghujungnya hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Ipoh jam 10.25 pagi.
Kes menuntut 'kebenaran cerai' yang dikemukakan oleh isteri Akhil, Maizawati Zainal, 33 telah didengar di hadapan Hakim Syarie Mahkamah Rendah Syariah Ipoh Mohd Ridhuan Yusof.
Maizawati diwakili dua peguam Azmi Rais dan Zulkifli Che Yong sementara Akhil pula tidak diwakili mana-mana peguam.
Maizawati membawa anak-anaknya ke mahkamah pagi tadi
Perbicaraan di dalam kamar itu sepatutnya didengar pada jam 10 pagi tetapi tertangguh selama 25 minit kerana menantikan kemunculan Akhil yang akhirnya hadir bersama dua sahabat yang bertindak seperti 'pengawal peribadi'nya.
Hubungan kedua suami isteri ini kelihatan agak dingin apabila masing-masing tidak bertegur sapa dan bertanya khabar.
"Kehilangan' Akhil selama 3 bulan dari rumah mereka juga tidak menampakkan apa-apa reaksi.
Maizawati membuat tuntutan cerai setelah suaminya Akhil Hayy tidak pulang ke rumah selama 3 bulan
Namun, sebagai seorang ayah, Akhil sempat melempiaskan rasa rindunya kepada anak bongsu mereka, Muhd Shatiri Hidayatullah berusia 2 tahun.
Maizawati, yang hadir bersama lima orang anak mereka, kelihatan agak tenang.
Kes yang berjalan lancar terpaksa ditangguhkan hingga 11 pagi dan bersambung selepas itu.
Walaubagaimanapun, disebabkan ada dokumen yang tidak lengkap untuk membuat urusan tuntutan, maka kes tuntutan cerai ini ditangguh ke 15 Julai.
Akhil kelihatan agak serius dan tidak begitu mesra. Setelah dikejar oleh beberapa wartawan akhirnya beliau akur untuk menjawab soalan yang diajukan.
Kelibat pendakwah dan penyanyi Akhil Hayy sememang dinanti-nanti oleh wartawan di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh pagi tadi
"Saya tak nak bagi komen. Saya akan selesaikan dengan cara paling makruf. Saya akan buat yang terbaik dan telah dinasihatkan jangan perbesarkan isu ini," kata Akhil.
Namun di sebalik riak tenang di wajahnya, hos program 'Cafe Akhil Hayy' itu sempat juga memberi komen sinis..."Kalau sesiapa ada masalah boleh adu pada stesen TV."
Akhil Hayy tersenyum riang ketika sampai di mahkamah pagi tadi
Beliau juga berkata, ramai sahabat handai datang memberi nasihat dan sokongan moral kepadanya.
"Biarlah saya berbincang secara makruf. Saya tidak mahu membesarkan cerita ini," kata anak kepada pendakwah terkenal ini.
Kemelut rumahtangga Akhil-Maizawati menjadi perbualan hangat dua minggu lepas apabila Maizawati setuju membuat pendedahan keretakan rumahtangganya di dalam program 'Nasi Lemak Kopi O' dan Wanita Hari Ini (WHI) di TV3 baru-baru ini.
Dalam kedua-dua program itu, Maizawati mengaku suaminya memang mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda. Justru katanya, dia memberi kebenaran Akhil berkahwin lagi dan bersedia hidup bermadu.
Namun, dia tidak tahu apa status hubungan suaminya dengan Waheeda kini apabila Akhil sendiri sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah. Maizawati berkata, dia hanya mengikuti perkembangan kisah suaminya itu menerusi media dan mengambil keputusan untuk bercerai dengan Akhil.
Apa pun, yang pasti pendedahan demi pendedahan yang dilakukan oleh Maiza telah menyebabkan kredibiliti suaminya sebagai pendakwah terjejas teruk.
Ini diakui sendiri oleh Akhil, apabila beliau dengan nada rendah diri berkata, "Kredibiliti dan imej saya sebagai pendakwah sudah terjejas," kata Akhil.
Ditanya samada beliau akan teruskan niat melepaskan Maizawati, Akhil berkata, "Saya akan cuba buat keputusan yang terbaik."
Maizawati telah membuat pendedahan tentang hubungan cinta suaminya, penyanyi Akhil Hayy dan Waheeda di stesen TV. Namun, pendirian Maizawati terhadap tuntutan cerainya jelas goyah.
Dia bagaikan bingung samada ingin meneruskan niatnya untuk membuat tuntutan cerai.
"Apa-apa pun tunggulah 15 Julai. Saya tak boleh cakap lagi. Ramai kawan-kawan yang nasihat jangan bercerai. Kata mereka kalau saya minta cerai, saya akan kelihatan seperti tewas..."
Bagaimana perasaan apabila ketemu semula suami selepas 3 bulan?
"No komen," kata Maizawati sambil tersenyum.
Beliau juga berkata dia tidak ada masalah untuk bersemuka dengan Akhil.
Harapan pada kes tuntutan cerai pada kes ini?
"Tak boleh bagi penjelasan lagi...," kata Maizawati.
Walaupun hakim memberi peringatan "Jangan sensasikan kes Akhil-Maizawati dan buat laporan untuk berita saja" - kenyataannya kisah rumahtangga personaliti seperti pendakwah terkenal Akhil Hayy dan dikaitkan pula dengan penyanyi Waheeda akan selalu menjadi berita panas yang dinanti-nantikan oleh peminat mereka.(mstar online)
5 ulasan:
sedih la akhil hai ni.dulu bkn main berceramah untuk PAS.sakng ni da jd artis buat prangai ntah hape2.same je dgn aryis yg bkn ustaz pon.saye geram sbb dlu die pnh ceramah di Izzuddin.mase tu saye form 1.heshh mcm2 hal tol.harap2 PAS kawasan bleh tegor die ni.cume saye tak xtau la kalo akhil hay ni ahli ke tidak.Amy search plak nmpk lg baik dr die skang.
Akhil Hayy kata imej dan kredibiliti dia sudah tercemar....tapi dia kena ingat imejnya sudah lama tercemar bila dian pi nonton wayang dan berpiknik dengan waheeda...sebelum isteri dia muncul di tv lagi...jadi dia dulu yg mengundang kontroversi..fikir-fikirkanlah....
aku pun dah meluat tengok akhil n waheeda gedik nie. waheeda ni harap je pakai tudung tapi lebih gedik dari org tak pakai tudung. buat malu aje. apa punya ustaz tak tahu le. betul2 jatuhkan maruah diri sendiri. kesian betol kat anak2 dia. apa jenis manusia si akhil nie. haiwan pun lebih baik dari perangai dia nie.
bini punyalah cantik kalu nak dibandingkan dgn waheeda gedik. harap mekap je lebih. cubala renungkan2 wahai akhil oii... bini dah bersama2 semasa susah n senang, lani bila dah glamer skit, mula cari lain, apa punya teruk perangai ko nie.
aku kalu jumpa hang, bukan baling kasut, siap baling dengan tongkol kayu sekali.
Kita memang sedap nak komen hal orang..tp ingatlah ini ujian pada dia/mereka. Sesiapapun tak mau bercerai atau berkahwin lagi apabila dah bernikah. sepatutnya kita sbg org yg mengaku Islam kena sama2 berdoa agar kebaikan akhirnya terhadap mereka..kerana semuanya ada hikmah. Hanya akhil dan Maizawati yg lebih tahu masalah mereka. Kita jgn lebh dudu dari kuah. Ini masalah mereka kita belum tahu betapa berat pulak Allah nak uji kita..jangan sombong...!
Apa usaha kita nak selesaikah masalah mereka..DOA kan mereka..Ini dok kutuk depa mana nak selesaikan masalah tu..Moga2 ALLAH tunjukkan jalan terbaik bagi mereka
akhil hayy & maiza,selesaikan masalah anda dgn segera.jgn di biar b panjangan.Kesian dengan anak2.akhil,jgn dgn di ulang lagi perbuatan anda yang menyinggung hati isteri anda dgn meninggalkan dia selama lebih 3 bulan tanpa telefon,alamat dan berita.kl-gopeng bukan jauh beb.Hanya dengar ttg anda melalui media saja.dlm masa sama tersebar pulak gosip anda keluar dengan si wahidah.isteri anda 10 kali lebih cun daripada waheeda.buat apa utamakan orang yang tiada kaitan dengan anda.sesiapa pun akan terguris hati dan perasaannya jika berada di tempat isteri anda.saya mmg cukup tidak berkenan si dengan waheeda......urusan orang rumahtangga orang,dia pulak yang sibuk bagi kenyataan balas.berdiam lagi elok sb awak tue anak dara.jaga sikit air muka.
Catat Ulasan