CATATAN SEORANG PERWAKILAN (5 - AKHIR)
>> 08 Jun 2009
...bersambung
7 Jun 2009 / Ahad
Pagi-pagi lagi kami dah siap. Kami mengemas beg pakaian masing-masing kerana hari ini adalah hari terakhir muktamar. Kami bercadang kemaskan beg dan simpan siap-siap ke dalam kereta. Malam tadi Haji Azam (Azam Brothers) dan anaknya tidur di rumah ini. Pagi ini Haji Azam belanja kami sarapan.
Selepas bersiap, kami pun bertolak ke stadium. Hari ini kami sampai awal di stadium. Progam bermula 9.00 pagi. Ada masa lebih kurang 40 minit. Saya dan sahabat-sahabat mengambil peluang membeli-belah. Jenuh juga memusing gerai-gerai yang banyak ni. Banyak sangat. Antara gerai yang menjadii tumpuan ialah geai menjual pakaian, kain, dan sebagainya.
Selepas itu saya masuk ke dalam dewan. YB Haji Anuar sudah pun sampai dahulu.
Agenda pagi ini ialah perbahasan usul. Pengerusi Jawatankuasa Penapis usul, Datuk Mahfuz menyampaikan sedikit maklmat tentang perjalanan penapisan usul. Menurut terdapat 3 usul yang perlu dibahas sebelum diterima manakala 12 usul lagi diterima tanpa bahas.
Wakil Pemuda Pusat, Sdr. Ahmad Sabki mengemukakan usul ekonomi.
Usul pertama dibentangkan oleh wakil Pemuda Pusat, iaitu Naib Ketua Pemuda Sdr. Ahmad Sabki. Ia adalah usul ekonomi yang meminta kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi demi kepentingan usahawan Melayu Islam.
Setelah dibahaskan oleh dua perwakilan maka usul tersebut telah diterima sebulat suara melalui angkat tangan tanda setuju.
Kemudian, Dewan Muslimat Pusat mengemukakan usul tentang integriti kehakiman. Dewan Muslimat diwakili oleh Ouan Hawa Yaakub. Menurut beliau, rentetan kepincangan institusi mahkamah ini bermula dengan pemecatan hakim Tun Salleh Abbas pada 1988, perbicaraan kes-kes yang begitu meragukan seperti kes liwat Anwar Ibrahim, kes pembunuhan tidak bermotif model Mongolia , kes video V.K Lingam dan seterusnya kes krisis perlembagaan Perak.
Wakil Dewan Muslimat Pusat, Pn Hawa Yaakub mengemukakan usul kehakiman.
Amat menarik kupasan wakil Dewan Muslimat ini. Usul yang turut dibahaskan oleh Azmi bin Ali, perwakilan Pas Wangsa Maju turut menyarankan prinsip kebebasan dan keadilan ini sepatutnya diaplikasikan di setiap peringkat bermula dari individu sehingga ke peringkat tertinggi institusi kehakiman yang merangkumi pelbagai bidang. Manakala Aris bin Awang, perwakilan Pas Kuala Kedah turut mencadangkan agar usul ini diterima dengan pindaan. Usul ini akhirnya diterima secara majoriti.
Seterusnya, usul ketiga telah dibentang oleh usul pendidikan telah dibentang oleh YB Taufek Ghani. Ia adalah tentang segera mansuhkan PPSMI. Antara fakta menarik beliau ialah hasil kajian dari golongan profesional, didapati bahawa 98 % guru mengatakan pelajar mereka mempunyai masalah dalam PPSMI, 96 % guru tidak bersetuju bahawa ramai pelajar mereka semakin berminat dengan PPSMI, 94 % tidak bersetuju dengan keputusan peperiksaan pelajar sangat membanggakan dalam matapelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.84 % mengatakan tidak bersetuju dengan Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris.
Usul ini telah mendapat sokongan dari dua perwakilan selain daripada perwakilan Cheras, pembahas yang istimewa ialah Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sendiri.
Usul ini juga telah mendapat sokongan sebulat suara oleh para perwakilan.
Kemudian, Pengerusi Tetap telah mengumumkan telah menerima usul tergempar iaitu tentang menggesa agar segera diwujudkan Suruhanjaya Bebas Diraja menyiasat tentang isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak oleh BN/UMNO.
Usul tergempar yang dibawa oleh PAS kawasan Tambun iaitu Dr. Khairuddin, begitu menarik perhatian sidang muktamirin iaitu gesaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Bebas DiRaja bagi menyiasat kes pemerkosaan pemerintahan Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Desakan untuk menubuhkan suruhanjaya bebas ini bertujuan untuk mendedahkan kerja jahat dan keburukan UMNO dalam merompak dan merampas negeri Perak dari pimpinan Pakatan Rakyat.
PAS Kawasan Shah Alam yang diwakili oleh YB. Khalid Samad menyatakan sokongan penuh terhadap usul tergempar tersebut.
"Isu rampasan kuasa di Perak sepatutnya perlu disiasat dengan segera kerana ini merupakan isu yang lebih besar dari kes Dato' Seri Anwar Ibrahim dan VK Lingam yang mendapat perhatian SPRM di mana hanya dalam dua jam sahaja siasatan terhadap kes menumbuk DSAI dapat diselesaikan", itulah antara hujah YB Khalid Samad. Begitu bersemangat beliau berhujah sehingga memukau setiap hadirin.
Usul ini juga telah mendapat sokongan padu seluruh perwakilan.
Jam sudah menunjukkan pukul 12.00 tengah hari. Pengerusi Tetap, Ustaz Abu Kassim masih tidak menunjukkan akan menangguhkan persidangan seperti biasa. SU Kawasan kata, mungkin Pengerusi Tetap akan teruskan muktamar sehingga bersurai. Memang betul, Pengerusi Tetap telah memaklumkan bahawa muktamar akan diteruskan dan akan selesai pada jam 3.00 petang.
Walaupun sudah tengah hari tetapi kami tidak terasa lapar kerana sudah dua kali bentara muktamar mengedarkan kotak yang mengandungi air mineral, dua biji kuih, roti twiggies dan gula-gula. Kotaknya pun menarik sekali kerana ada label muktamar.
Sebelum ucapan penggulungan, Pengerusi Tetap menjemput dua orang wakil untuk menyampaikan ucapa penangguhan. Mereka ialah wakil Kelab Penyokong PAS dan Dewan Muslimat Pusat.
Ucapan penangguhan pertama dari wakil Kelab Penyokong PAS Pusat, Sdr. Vincent Lee. Beliau menyeru supaya pimpinan PAS berhati-hati sama ada dari segi perbuatan mahupun percakapan serta mengambil kira sensitiviti yang merangkumi budaya, agama dan pantang larang agar tidak menjadi senjata UMNO untuk membunuh PAS.
Sdr. Vincent Lee berucap di muktamar.
Turut diluahkan harapan supaya Kelab Penyokong PAS dinaikkan menjadi sayap parti dapat direalisasikan. Dalam usaha untuk memperkasakan kelab, program orientasi untuk ahli kelab hendaklah dilaksanakan agar kefahaman yang lebih jelas mengenai perjuangan PAS dapat dikukuhkan.
Akhir sekali, beliau meminta dipertimbangkan agar Kelab Pemyokong PAS melalui Lujnah Perpaduan Nasional diberikan dana agar aktiviti kelab dapat berjalan lancar.
Ucapan penangguhan kedua oleh YB Siti Zailah, wakil Dewan Muslimat Pusat.
Seterusnya, tibalah agenda penggulungan oleh pimpinan untuk memberi penjelasan segala persoalan yang dikemukakan oleh para perwakilan spanjang mukamar ini. Masing-masing memberilkan respon antaranya Ustaz Idris Ahmad tenhtang soal tarbiyyah dan ILHAM. Dr. Lo' Lo' tentang penglibatan muslimat yang kurang sebagai perwakilan ke muktamar kali ini.
Kemudian diikuti oleh Datuk Mustafa Ali atas kapasiti Pengarah Jabatan Pilihanraya Pusat dan Pengerusi Harakah. Beliau menyentuh tentang persiapan PRK Manek Urai.
Kemudian, Datuk Mahfuz Omar, YB Ustaz Azizan Razak, Dr. Hatta, Sdr. Mohamad Sabu, Datuk Paduka Husam Musa, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Haron Din. Akhir sekali barlah Presiden menyampaikan penggulungan bagi muktamar kali ini.
Jam hampir menunjukkan 4.00 petang. Kami sudah berniat jamak ta'khir. Sebelum bersurai sesi bersalaman dengan pimpinan dijalankan. Para perwakilan akan naik ke pentas dan bersalaman.
Alhamdulillah, dapat juga kami bersalaman dengan pimpinan tertinggi. Selepas itu, saya mengajak kesemua perwakilan Teluk Intan bergambar kenangan.
Bergambar kenangan sebagai perwakilan ke Muktamar PAS Ke-55.
Selepas itu, kami semua pergi ke gerai untuk makan tengah hari walaupun waktu sudah petang. YB Haji Anuar pun turut makan.
Kemudian, kamipun bertolak balik ke Teluk Intan. Singgah d R&R Rawang untuk solat. Kemudian meneruskan perjalanan pulang. Saya tertidur. Sedar-sedar sahaja, kereta telah masuk ke susur keluar Bidor. Laju juga Ustaz Ismail bawa kereta.
Singgah minmm pula di Teratak Bidor. Makan mi udang. Kemudian solat Maghrib di Masjid Jeram Mengkuang. Dan akhirnya kami sampai Teluk Intan pada jam 8.45 malam. Alhamdulillah.....!
ar_rawa
0 ulasan:
Catat Ulasan