ZAMBRY "KANTOI" JUMPA NIZAR DI HOSPITAL TAIPING
>> 10 Jun 2009
6.30 petang: Sebelum masuk ke Wad 14 seorang polis Melayu di perkarangan wad sudah kasi 'baik punya' tabik hormat sama DS Nizar. Ramai yang terkejut dengan aksi-aksi spontan sebegini. Selepas masuk ke Wad 14, DS Nizar dengan diiringi YB-YB dan petugas-petugas keluar melawat wad berdekatan.
Dalam perjalanan DS Nizar bertembung dengan Zambry di perkarangan wad Hospital Taiping. Melihatkan DS Nizar menggunakan laluan berbumbung Zambry cuba mengelak dengan mengikut laluan tar.
Dengan selamba DS Nizar 'langkah longkang' untuk bersalaman dengan Zambry dan gerombolan. Zambry sudah 'kantoi' tak boleh lari. Nampak sangat betapa pahitnya senyuman Zambry ketika itu. Tak nak senyum tapi terpaksa juga sengihkan muka selepas menerima 'kejutan' DS Nizar.
Kemudian DS Nizar terus bergerak ke Wad 18 untuk meneruskan lawatan. Ketika DS Nizar masuk Wad 18, kelihatan seorang doktor India dan seorang doktor Cina berlari-lari anak masuk ke Wad 18 dan terus mengiringi DS Nizar bertemu pesakit yang terlibat dalam pergaduhan dan pesakit-pesakit lain.
Selepas keluar dari Wad 18 DS Nizar juga berkesempatan berbual dengan ahli keluarga seorang India yang masih dalam bilik pembedahan sejak pukul 11.30 pagi.
Nampak gayanya sampai ke hari ini ke mana saja DS Nizar pergi, rakyat pelbagai lapisan begitu gembira bertemu beliau.
http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2009/06/ringkasan-lawatan-ds-nizar-ke-hospital.html
0 ulasan:
Catat Ulasan