MUKTAMAR DEWAN MUSLIMAT PUSAT KE-49
>> 04 Jun 2009
SHAH ALAM, 4 Jun - Muktamar Dewan Muslimat PAS kali ke-49 sudah membuka tirainya, Muktamar dibuka dengan bacaan Al-Quran dari adik Arif Adli disusuli lagu NegaraKu dan lagu rasmi Parti Islam Semalaysia.
Montaj pembukaan Muktamar mula ditayang, muktamar yang bertema `Menyemarak Kemenangan Menyatupadu Rakyat' akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa. Di atas pentas Dewan Banquet kelihatan ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Taib Azamuden diiringi isteri. juga Ketua Wanita PKR. Di bahagian kanan dan kiri pentas tersusun putih hijau barisan Ahli jawatankuasa Dewan Muslimat Pas yang dipimpin Nuridah Mohd Salleh.

Hadir sama, pencinta bahasa Profesor Emeritus Datuk Dr.Nik Safiah Karim, Puan Ainon, Dato' Bandar Shah Alam dan Pengerusi Lajnah ICT Pas Pusat, Ustaz Abdul Ghani Shamsudin. Manakala, di bahagian belakang dewan dipenuhi para blogger dan pemerhati.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Mohd Salleh menyeru muslimat PAS agar menyemarakkan kemenangan yang diperolehi.Usaha-usaha dakwah dan pengislahan perlu dilaksanakan secara berkesan oleh semua penggerak muslimat.
Menurut beliau lagi, peradaban jahiliyyah yang dihadapi kini telah berjaya mewujudkan kepincangan dalam hampir seluruh sistem hidup masyarakat. "Penyelesaian sebenar bagi segala masalah ini hanya dapat dilakukan apabila manusia kembali kepada Islam sebagai satu cara hidup yang syumul," tegas beliau.
0 ulasan:
Catat Ulasan