BILA DAH KALAH, BARU NAK DEKATI RAKYAT...TAK IKHLAS BETOI...
>> 19 Oktober 2010
Parti Islam Se-Malaysia PAS berpendapat saranan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak supaya jentera Umno perlu menembusi kawasan pembangkang dengan mengadakan pelbagai program supaya dapat mendekati hati rakyat menujukkan rasa insaf beliau setelah Umno kalah di dalam pilihanraya yang lalu.
Ketika berucap pada Karnival Skuad Sayang 1Malaysia anjuran Wanita umno di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang berkata, jentera Umno perlu menyahut cabarannya dengan mengadakan program di kawasan pembangkang supaya rakyat dapat mendengar suara hati kerajaan dan bukannya hanya berjuang di kawasan yang selamat.
Nampaknya pemimpin Umno hanya boleh diajar rasa bertanggungjawab kepada rakyat apabila mereka kalah. Sewaktu mereka berada dipuncak kuasa mereka tidak pandang kepada rakyat yang menderita hidup .
PAS berpandangan, untungnya rakyat yang memilih parti lain daripada Umno BN, sehingga dapat mengajar pemimpin Umno bahawa mereka adalah khadam rakyat. Ketika mereka kalah macam-macam program yang dibuat untuk cakna rakyat, kononnya untuk ambil hati rakyat. Situasi ini rakyatlah yang paling beruntung kerana semua pemimpin akan berusaha mengambil hati rakyat. PAS dan Pakatan Rakyat melaksanakan program kebajikan dan mengambil berat hal rakyat bukan secara bermusim, tetapi menjadi dasar yang terancang dalam setiap proram kerana ini adalah amanah Allah SWT.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
0 ulasan:
Catat Ulasan