JANGAN PERCAYA RAYUAN PRESIDEN UMNO...
>> 12 Oktober 2010
Parti Islam Se-Malaysia PAS menyeru rakyat Malaysia jangan terima rayuan Datuk Seri Najib Razak supaya rakyat member mandat kepada Umno BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang. Beliau mengajak rakyat berkongsi impiannya untuk menjadikan Malaysia negara kelas pertama bertaraf dunia pada abad ke-21. Katanya lagi kerajaan serius dengan inisiatif transformasi seperti Model Baru Ekonomi, Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10 dan semua ini tidak berguna tanpa mendapat sokongan rakyat.
PAS menyeru rakyat menggembelingkan tenaga untuk menolak kerajaan Umno BN, kerana sudah cukuplah setengah abad, kehidupan rakyat semakin tenat dengan tekanan hidup yang memuncak. Indeks pengguna semakin menekan rakyat terutama, yang berpendapatan rendah. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku jika kerajaan Umno BN jujur dan amanah dalam mentadbir negara.
Pemimpin Umno BN pada hari ini merasa tidak berdosa dengan pengkhianatan amanah yang diberikan kepada mereka. Sepatutnya pemimpin Umno BN merasa malu kenapa negara jiran seperti Singapura walaupun tidak mempunyai khazanah alam tetapi mampu memacu ekonomi setaraf dengan negara maju.
Rakyat perlu bangkit menolak BN untuk membentuk kuasa politik baru dengan meninggalkan kerajaan yang ada pada hari ini. Sukar untuk mengubat penyakit misteri yang tidak boleh dikesan dengan x-ray, penyakit ini hanya dapat diketahui apabila kerajaan BN jatuh. Pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang apabila bertukar kerajaan baru kita mengetahui banyaknya” jerangkap samar” yang ditanam dalam pentadbiran BN selama ini. Kelantan yang telah lama memerintah sejak 1990 terpaksa membuang jerangkap samar secara berdikit-dikit seperti hutang yang ditinggal sebanyak RM740 juta. Alhamdulillah dengan berkat kebijaksanaan dan ketelusan hutang lapok yang ditinggalkan oleh kerajaan Umno dapat diselesaikan sikit demi sedikit. Begitu juga dengan kerajaan Pakatan Rakyat yang baru mengambil alih telah menjumpai terowong yang tersembunyi sewaktu 51 tahun memerintah, sekarang cuba untuk menutup kembali.
Rakyat sudah mual dengan janji dan slogan pemimpin Umno BN untuk membela rakyat, tetapi dari segi amalannya tidak berlaku. Malahan kesusahan rakyat iniah yang dikeskploit untuk memancing undi.
Tambahan pula dengan Perdana Menteri pada hari ini yang kaya dengan slogan yang retorik tetapi, keberhasilannya tidak ada. Rakyat tidak boleh menerima dengan tindakan Perdana Menteri hari ini dalam menyelesaikan tanah Keretaapi Tanah Melayu yang diberi kepada Singapura seluas 217 hektar dan menyerahkan telaga minyak RM320 bilion blok L dan M kepada Brunei dalam sekelip mata.
Orang mula membandingkan dengan kepimpinan Tun Abdulllah Ahmad Badwi walaupun nampak lembut tetapi sekurang-kurangnya sewaktu hendak menyerahkan Pulau Batu Putih beliau tidaklah menyerah selepas makan buah durian sahaja. Sekurang-kurangnya ada juga usaha membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa, walaupun terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit untuk mempertahankan maruah negara. Kenapa perkara ini tidak dilakukan oleh Datuk Seri Najib, hanya Allah dan beliau sahaja yang mengetahui.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
3 ulasan:
Jangan lah tertipu dengan mamat imalaysia ni.Sudah-sudah lebih 50 tahun kena tipu dengan umno.Dulu kata wawasan 2020 nak jadikan negara ini negara maju.
Tiba-tiba mamat meroyan ni nak jadikan negara ini negara termaju di alaf abad ke 21 pulak.
Cukuplah kita tipu selama ini.Jadikanlah diri kita ini sebagai manusia yang betul-betul berfikiran merdeka.Cukuplah pemikiran kita dijajah oleh bangsa kita sendiri.
Cukuplah memberi keyakinan dan kepercayaan kepada umno jika kita masih sayangkan negara ini.
Selamatkanlah Malaysia daripada puak-puak ini.Jangan biarkan mereka melicinkan khazanah negara yang sepatutnya kita nikmati bersama.
Kecuali jika kita masih mahi "disembelih" untuk dijadikan korban puak-puak celaka ini.
betul..betul..betul
Catat Ulasan