HAQ vs BATIL / حق ۏرسوس باطل
>> 24 Oktober 2010
Setiausaha Umno Gua Musang Aziz Yusof dipilih bagi mewakili Barisan Nasional (BN) merampas kerusi DUN Galas daripada penguasaan PAS.
Pemilihannya diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini sebentar tadi.
Tiga hari lalu, pengamal perubatan yang juga pemangku Yang Dipertua PAS kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat.
Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim Sulaima daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus 27 September lalu.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

1 ulasan:
kalau tengok penampilan pun kita dah boleh tau yang mana satu penyamun. Berhati-hatilah pemilih2 di Galas supaya tidak tertipu dengan lambakkan projek2 dan fitnah yang akan dan telah dilemparkan yang akan menjadi fitnah diakhirat kelak akibat dari ketidak perihatinan kita kepada Agama Allah. Mohonlah petunjuk dari Allah agar kita tidak terpalit dengan dosa dan kejahatan mereka yang zalim.
Catat Ulasan