isu Menara 100 Tingkat : SAYA TAK SURUH, PNB YANG NAK BUAT.... (Apa tugas hang sebagai Menteri Kewangan..?)
>> 19 Oktober 2010
Datuk Seri Najib Razak mempertahankan cadangan pembinaan menara 100 tingkat bernilai RM5 bilion oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan menyifatkan ia bukan pembaziran tetapi bertujuan menjana ekonomi serta mewujudkan satu mercu tanda Malaysia yang maju dan moden.
Perdana Menteri berkata pembinaan menara itu akan turut membawa manfaat kepada pelbagai sektor.
"Banyak kerja-kerja kontrak yang boleh kita agihkan untuk menggerakkan kegiatan ekonomi, dan kawasan itu boleh menjadi pusat perniagaan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumiputera, menjadi pusat tarikan dan beri keuntungan.
"Projek ini bukan pembaziran tapi menguntungkan, yang dirancang (oleh) PNB. Najib berkata beliau tidak mengarahkan PNB untuk mewujudkan projek itu.
"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
"Saya tidak arahkan PNB. PNB yang mencadangkan (perkara) ini, sesuatu yang sangat diingini oleh pengurusan atau lembaga (pengarah) PNB," katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan amanatnya kepada anggota perwakilan di majlis tertutup Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.
3 ulasan:
Sudahlah Najib! Tak siapa percaya hang tak suruh PNB buat projek membazir ni.Serupa macam Mahathir Kutty tak suruh Petronas bina Menara Twin Towers dan buat Circuit Formula F1.Rosmah pun hang tak boleh kelentong,nak kelentong rakyat pulak.
Sebelum projek membazir ni bermula ada baiknya semua pemegang saham dalam PNB bawa keluar duit masing-masing sebelum hangus.
Jahat sungguh PNB, mari kita ramai-ramai marahkan PNB sebab mencadangkan projek ini.
Celaka PNB, kau cadangkan projek ni, bukankah Najib suruh berjimat cermat, cuma boleh ganti sepende je.
Sapa boss PNB, kita desak dia dipecat, kalau tak mau kena pecat, minta dia pakai sepende Najib di kepala - sebab bodoh sangat.
Lepas tu insan yang mencadang tu kita hukum dia pakai spender di luar macam Superman sehingga Belanjawan 2011.
Sorry le banyak sangat spender yang disebut, maklumlah itu yang dihighlight di dalam belanjawan.
Perdana Menteri kita ni, kalau lucah tu, buat apa pun lucah jugak.
ni la tanda2 kiamat sudah dekat dan makin dekat..
Catat Ulasan