REBUT JAWATAN : UMNO DAH KEHABISAN OKSIGEN
>> 08 Oktober 2010
Parti Islam Se-Malaysia PAS berpandangan kekecewaan yang diluah oleh Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi menandakan Umno sudah hampir kehabisan oksigen dalam politik.
Teguran beliau yang mangatakan masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Sebenarnya penyakit merebut benda ini bukan sahaja dialami oleh Pemuda dan Puteri, malahan boleh dikatakan sudah melanda kepada semua organ parti. Mereka menyertai Umno bukan ikhlas, sebaliknya hanya untuk “E-Class”, yakni untuk kepentingan dunia dan isinya sahaja. Perjuangan untuk menegakkan ideologi Umno dalam batang tubuh sudah terhakis, terutamanya generasi muda pada hari ini. Masuk Umno bukan atas kefahaman sebaliknya kerana untuk mendapat projek dan menjadi jutawan “mee segera” dengan menjadi “ jutawan 10 persen”.
Tengku Adnan tidak boleh marah kepada anak buahnya, kerana bapa borek anak rintik. Bukankah bapa-bapa dalam Umno pun terlibat dalam rasuah politik ketika setiap kali pemilihan Umno yang sudah menjadi barah tahap empat. Mantan Presiden Umno Tun Dr Mahathir pernah menggelarkan Umno sudah busuk sampai ke usus. Maka bukan suatu keganjilan anak-anak yang melihat gelagat bapa-bapa mereka untuk ditiru sama di peringkat Pemuda dan Puteri. Bertepatan pepatah mengatakan kalau guru kencing berdiri anak murid kencing berlari.
PAS berpandangan apabila parti Umno yang tidak mempunyai ideologi yang jelas, melainkan untuk kepentingan benda sahaja maka inilah yang terjadi. Jika jawatan dianggap untuk mengumpul kekayaan dan bukan lagi satu amanah maka tunggulah saat kehancuran. Manusia tidak pernah puas dengan benda dan pangkat melainkan apabila tanah merah masuk ke dalam mulut barulah mereka puas. Sebagaimana Nabi Muhammad SAW mengingatkan “Sekiranya anak Adam diberikan dua telaga emas, maka mereka akan menuntut telaga yang ketiga, sehinggalah di dalam mulut mereka dipenuhi dengan tanah (yakni mati)”.
Oleh itu PAS sering mengingatkan kepada semua ahllinya, bahawa perjuangan ini ialah menuntut mardhatillah, bukan selainnya. Kalau ahli dan pemimpin PAS bersikap untuk benda dan dunia, kita adalah orang yang paling rugi, kerana habuan di dunia belum tentu kita perolehi dan habuan akhirat pasti akan lari.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

0 ulasan:
Catat Ulasan