ULAMA MUDA UMNO MULA KIPAS
>> 23 Oktober 2010
Ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya berkata pendekatan pembangkang mengecam tindakan Rosmah Mansor menaungi Festival Busana Islam (IFF) - yang mencetuskan kontroversi - tersasar daripada konsep agama sebagai nasihat.
Fathul Bari berkata, pembangkang sengaja membesar-besarkan isu itu sambil meletakkan sepenuhnya kesalahan atas bahu Rosmah tanpa menyiasat terlebih dahulu perkara itu.
"Sepatutnya bantahan itu ditujukan kepada penganjur sedangkan beliau (Rosmah) penaung semata-mata," katanya.
Semalam, sekurang-kurangnya empat perhimpunan aman anjuran Dewan Pemuda PAS diadakan di tiga negeri sebagai membantah tindakan Rosmah yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah dalam penganjuran festival itu di Monte Carlo 9 Ogos lalu.
Demontrasi itu berlangsung di masjid-masjid di di Pahang, Kuala Terangganu dan dua masjid di Pulau Pinang.
Berucap pertama kali di perhimpunan agung Umno hari ini, Fathul Bari berkata, manusia sentiasa dituntut meneliti terlebih dahulu sama ada sesautu kesilapan itu dilakukan dengan sengaja atau pun tidak.
"Tanpa diteliti hal tersebut, mereka terus menyerang dan menghukum. Adakah ini sikap orang Islam yang mengakui membawa hukum allah. Sedangkan jelas perbuatan seperti ini tersasar Islam yang mengajar etika menasihati seseorang," kata Fahtul Bari.
"Kalau mereka ikhlas (menasihati) mengapa tidak tarik tangannya, bersendirian tanya dengannya lebih dahulu (perkara sebenar)."
Memetik pendapat seorang tokoh terkenal mazhab Shafie, Fahtul Bari berkata, pemerintah patut didoakan degan kebaikan dan bukannya dengan maki hamum dan caci maki.
Menurut anak bekas mufti Perlis itu lagi, ini kerana Islam meletakkan adab dan etika tertentu untuk menegur seseorang.
Bercakap kepada Malaysiakini selepas itu, beliau bagaimanapun menegaskan tidak bersetuju 100 peratus program seperti itu dikaitkan dengan Islam.
"Saya cuma tekankan tadi soal adap menasihati pemimpin," katanya.(malaysiakini)

3 ulasan:
Ya betul Saudara Fathul tentang pendekatan "menarik tangan dan periksa asal-usul" itu.
Saya kurang pasti sama ada ulamak-ulamak "muktabar" prihatin bertindak dahulu dengan pendekatan itu sebelum ulamak-ulama "lain", dan dengan itu dapat menghindari keadaan "kurang senang" ini daripada timbul.
Yang penting Saudara Fathul ialah sekarang. Apakah yang patut dibuat untuk mengembalikan maruah Islam tanpa menggunakan kaedah "kurang senang" itu lagi?
Kalau kita tidak buat sesuatu bermakna kesucian Islam itu masih kekal tercalar.
Mungkin ada yang telah tersilap, dan dengan itu memohon maaf ikhlas-ikhlas oleh pihak-pihak yang terwajib pun dah cukup pada pandangan saya.
Kita sudah tersilap sekali, dan dengan itu janganlah kita menimbulkan "bab-bab lain" antara orang Islam pula hendaknya.
Bertindak meninggalkan kesan dalam hal ini adalah lebih adfal daripada bercakap lebih daripada yang patut
Salam
Hamba Allah
dah lebih 50 thn tarik tangan bg nasihat. nak apa lagi. kena maki pun tak jalan jugak. ni dah semcm dgn yahudi
Ya Allah, lindungilah kami dari ulama2 yang sesat lagi menyesatkan dan fitnah yang dibawa oleh mereka. kurniakanlah kami kekuatan, petunjuk dan akal fikiran yang dapat membezakan antara kebenaran dan kebatilan supaya kami terselamat dari perancangan fitnah mereka yang zalim. Sesungguhnya kebenaran dan kebatilan itu amat jelas hanya dengan petunjuk Mu Ya Allah.
Ya Allah, hanya Engkau saja yang Maha Berkuasa di atas segalanya. Dan sesungguhnya ilmu yang ada pada kami hanya akan menjadi fitnah yang menyesatkan tanpa Hidayah dan Petunjuk Mu Ya Allah. Lindungilah kami dari segala fitnah oleh ilmu yang kami ada yang boleh menyesatkan orang lain Ya Allah.
Ya Allah masukkanlah kami kedalam golongan orang-orang yang telah Kau berikan Taufik dan Hidayah agar kami dapat bersama-sama menyokong perjuangan untuk mendaulatkan Syariat Mu Ya Allah.
AMIN YA RABBAL ALAMIN
Catat Ulasan