SIAPA SEBENARNYA CALON BN DI GALAS..AZIZ atau KU LI? / سياڤا سبنرڽ چالون باريسن ناسيونل
>> 30 Oktober 2010
GALAS, 29 Okt - Bahang pilihanraya kecil N.45 Galas semakin hangat, apabila pelbagai sepanduk dinaikkan oleh parti yang bertanding. Namun begitu, timbul persoalan apabila sepanduk yang dinaikkan oleh BN lebih banyak menentang calon PAS dan menonjolkan pengarah pilihanraya mereka, Ku Li berbanding calon.
"Ku Li jaga hak kita", "Ku Li Intelek" dan sebagainya, namun tiada langsung sepanduk mempromosi calon mereka sendiri, Abdul Aziz Yusof, seolah-olah beliau tidak memiliki apa-apa kekuatan untuk dijadikan modal kempen.

Senator Mumtaz Md Nawi ketika ditanya berhubung perkara ini, beliau berkata; "Perkara ini sudah biasa di dalam politik Umno. Perlantikan Ku Li sebagai pengarah jentera pilihanraya Umno hanyalah helah mereka. Tidak pelik kalau mereka menentang Ku Li di dalam isu royalti tetapi mengiktiraf Ku Li di Gua Musang."
Ujarnya lagi, "Encik Aziz tidak bersalah di dalam perkara ini. Umno meletakkan calon mereka berdasarkan hierarki jawatan di dalam parti, bukan berdasarkan kemampuan individu seperti yang diamalkan PAS. Oleh itu tidak hairan jika mereka mempertaruhkan mana-mana individu tetapi mempromosi individu lain kerana semua ini adalah untuk kepentingan politik mereka."
"Namun rakyat kena pilih calon yang bertanding, bukannya pengarah pilihanraya".Ujarnya lagi, "Encik Aziz tidak bersalah di dalam perkara ini. Umno meletakkan calon mereka berdasarkan hierarki jawatan di dalam parti, bukan berdasarkan kemampuan individu seperti yang diamalkan PAS. Oleh itu tidak hairan jika mereka mempertaruhkan mana-mana individu tetapi mempromosi individu lain kerana semua ini adalah untuk kepentingan politik mereka."
"Apa guna pengarah peperiksaan yang berhempas pulas membaca sedangkan yang harus menjawab soalan peperiksaan adalah calon. Begitulah yang dibuat Umno."
"Mereka berkempen dan menaikkan sepanduk Ku Li seolah-olah yang bertanding adalah Ku Li bukannya Abdul Aziz kerana mereka tahu Ku Li mempunyai pengaruh yang kuat di sini. Namun prestasi pengarah tidak mencerminkan prestasi calon." tegas beliau.

0 ulasan:
Catat Ulasan