Edisi Khas Muktamar PAS : APABILA TOK GURU JADI RUJUKAN PEMUDA DAP
>> 13 Jun 2010
PENGKALAN CHEPA,13 Jun - Apabila pimpinan muda bukan Islam menjadikan Tok Guru Nik Aziz dan Presiden PAS sebagai tempat rujukan sebelum berhujjah, itu tandanya kepimpinan majlis syura parti Islam PAS adalah diktiraf, ujar Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
"Selagi mana kita bergerak atas dua jalur, Insya Allah kita tidak rugi apa-apa. Iaitu membawa politik atas jalur dakwah, dan berdakwah atas jalur politik," ujar yang juga Pengerusi Lembaga Penasihat DHPP.
"Kejayaan besar parti Islam PAS ini adalah bila orang bukan Islam dapat menghormati ulama' Islam dengan sukarela dan menjadikan mereka tempat rujuk. Khususnya apabila ada pimpinan muda DAP merujuk kepada Tuan Guru Presiden apabila ingin berhujjah dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran dan maknanya," katanya.
"Inilah antara kejayaan terbesar PAS. Ia juga membuktikan bahawa PAS adalah lebih baik daripada UMNO/BN", ujar Salahuddin dalam sesi penggulungan di Muktamar Tahunan PAS kali ke-56 hari ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan