Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PERBEZAAN DASAR ANTARA PAS DAN UMNO (Bahagian 3 - Terakhir)

>> 29 Jun 2010



5 Seluruh sistem dan dasar yang digubal dan dipraktikkan oleh kerajaan Barisan Nasional pada hari ini adalah diceduk dari penjajah British dan inilah syarat utama kemerdekaan Malaysia yang perlu dipatuhi oleh pemimpin melayu ketika menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari penjajah British . Justeru itu pemimpin melayu mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan cara mudah dan senang tanpa menitiskan setitik darahpun didalam perjuangan mereka. Seharusnya kita umat Islam berfikir kenapa penjajah British begitu mudah menyerahkan Tanah Melayu ini yang kaya dengan bijih timah serta hasil getah dan kelapa sawit kepada pemimpin ketika itu. Jelaslah kepada kita tujuan utama British adalah untuk mengembangkan agama kristian dan dimasa yang sama menyekat perkembangan syiar Islam dengan menyerang umat Islam melalui serangan pemikiran yang berteraskan ideologi dan teori ciptaan mereka. Salah satu dasar yang amat penting yang patut dihapuskan ialah sistem pendidikan sekarang kerana ianya tidak berlandaskan kepada syariat Islam yang sebenar.

Islam suatu agama yang amat mementingkan soal pendidikan dan setiap pendidikan yang diasaskan hendaklah meletakkan Islam sebagai dasar. Pendidikan yang diterima oleh rasulullah adalah melalui wahyu Allah dan wahyu yang diterima baginda ialah menyuruh baginda membaca melalui firman Allah :

"Bacalah wahai Muhammad dengan nama tuhanMu yang menciptakan, Dia yang menjadikan manusia dari segumpal darah"
Surah Iqra':1 -2

Melalui ayat ini pelajaran utama yang harus dididik oleh setiap kerajaan yang memerintah adalah pendidikan aqidah dan diselitkan soal pendidikan sains yang memberitahu bagaimana manusia dijadikan. Banyak ayat-ayat di dalam Al Quran yang mengajar pendidikan sains kepada umat manusia dan seterusnya diceduk dan dikembangkan oleh ahli sains barat yang memperolehinya dari ulamak-ulamak Islam di zaman kegemilangan kerajaan Islam di Kota Baghdad. Ayat ini juga mengajar manusia tentang sifat Allah yang Maha Pemurah dan mengajar manusia itu dari tidak tahu apa-apa hingga menjadi manusia itu cerdik serta bijak dan inilah konsep pendidikan Islam yang perlu dipraktikkan dimana yang mengetahui yakni para pendidik atau ulamak seharusnya menjadi insan yang pemurah dan sanggup mengajar manusia yang belum tahu dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah. Secara tidak langsung Allah menerapkan nilai-nilai akhlak yang terpuji kepada umat Islam.

Melalui sirah pula, Allah telah mentarbiahkan Rasulullah dan para sahabat baginda selama 14 tahun dengan asas pendidikan aqidah iaitu semasa di Mekah dan selama 10 tahun di Madinah dengan pendidikan akhlak. Selepas itu barulah Islam dapat berkembang dengan meluasnya kerana asas aqidah dan akhlak telah menjadi amalan serta pegangan umat Islam ketika itu.

Selain dari itu sejarah membukti soal pendidikan amat dititikberatkan oleh Rasulullah sebagaimana terjadi dalam Perang Badar , tawanan yang mempunyai ilmu pengetahuan dibebaskan sekiranya dapat mengajar 10 orang anak umat Islam sehingga pandai. Melalui sirah ini juga dapatlah kita mengambil pengajaran iaitu adalah tidak menjadi kesalahan untuk belajar tentang ilmu yang tidak bercanggah dengan Islam dengan orang bukan Islam.

Manakala kerajaan yang memerintah sekarang tidak yakin dengan pendidikan Islam dan seterusnya mengasingkan pelajaran agama dengan lain-lain matapelajaran dan lebih parah lagi apabila diasingkan secara total dari pendidikan semasa. Maka lahirlah apa yang dinamakan pendidikan formal dan pendidikan Islam yang diajar secara dan waktu yang tidak sama yakni sekiranya pendidikan formal di sebelah pagi maka pendidikan Islam akan diajar pada sebelah petang. Musuh Islam telah mendidik pemimpin negara supaya lebih menyakini serta percaya tentang keberkesanan dan keupayaan sistem pendidikan penjajah. Ini adalah kerana musuh Islam percaya untuk menyerang pemikiran umat Islam adalah lebih berkesan dengan menanam asas pendidikan sekular kepada anak-anak umat Islam supaya apabila mereka menjadi pemimpin suatu hari nanti mereka ini diharap akan menjadi lebih British dari orang British, menjadi lebih Belanda dari orang Belanda.

Serangan pemikiran kepada sistem pendidikan dilakukan serentak dengan sistem pentadbiran negara dengan memisahkan agama dengan urusan dunia dan ianya dilakukan dengan cara yang amat halus dan terancang supaya umat Islam merasa selesa dan tidak tersinggung kerana mereka masih dibenarkan melakukan rukun Islam yang lima dan meletakkan raja-raja melayu memegang jawatan tertinggi dalam urusan keagamaan. Inilah mereka lakukan ke atas seluruh umat Islam. Musuh Islam tahu bahawa jika mereka menyerang dengan membakar masjid-masjid, membakar Al Quran, umat Islam yang tidak bersembahyangpun dan tidak pandai membaca Al Quranpun akan bangkit melawan mereka.

Kerajaan warisan penjajah ini akhirnya menyediakan suatu dasar pendidikan dengan membawa warisan penjajah sebagai panduan dan rujukan mereka. Maka matapelajaran yang di ajar untuk pendidikan formal negara di dapati banyak yang bercanggah dan bertentangan dengan ajaran agama Islam. Umpamanya matapelajaran sejarah yang diajar kepada kita keagungan Taman Tergantung di Babylon (Iraq), keajaiban Piramid di Mesir, kegigihan Kamal Attartuk Bapa Pemodenan Turki, kekuatan dan kepahlawanan Joan of Arch, kekentalan Vasco Da Gama, kealiman Gautama Buddha dan banyak lagi sejarah yang menyebabkan umat Islam lebih mengenali dan mengagung-agungkan mereka dari mengenali pejuang Islam seperti Salahuddin Al Ayubi, Sayid Qutb, Hasan Al Banna, Khalid Al Walid dan lebih malang lagi pejuang Islam yang menentang penjajah digelar sebagi penderhaka dan pelampau oleh umat Islam kerana menentang pemerintah ketika itu yang sememang dirancang Sultan atau Raja menjadi pemerintah (simbol) tetapi tidak mempunyai kuasa eksekutif.

Inilah yang terjadi kepada Tok Janggut, Raja Haji, Mat Kilau, Abdul Rahman Limbong di Malaysia, Omar Mokhtar di Libya, Hasan Al Banna dan Sayid Qutb di Mesir dan banyak lagi pejuang Islam yang telah diseleweng tentang sejarah sebenar perjuangan mereka. Peristiwa ini rupa-rupanya berkekalan sehingga sekarang di mana para pendakwah dan ulamak dicap sebagai pelampau, mengajar ajaran salah seperti Syiah atau Khawarij, pengkhianat kepada bangsa melayu dan pemimpin, tidak bersyukur dengan kerajaan dan paling menyedihkan menyamakan ulamak dengan pelbagai gelaran seperti Mr. Bean, Wahid Satay dan pelbagai gelaran yang buruk. Nyatalah dan benarlah seperti sadba junjungan baginda di dalam sebuah hadis,

Sabda Rasulullah SAW:
" Mereka memerangi orang-orang beriman dan membiarkan penyembah-penyembah berhala. Sekiranya aku menjumpai mereka nescaya aku akan perangi mereka seperti memerangi kaum 'Ad"
Muttafaqun 'alaih

Di ajar pula kepada kepada pelajar-pelajar matapelajaran pendidikan jasmani dengan mengenepikan matapelajaran rohani. Pendidikan jasmani di ajar dengan tidak menitik beratkan tentang masalah aurat dan terdapat percampuran antara lelaki dan perempuan. Pendidik sekarang seolah-olah tidak tahu mendidik selaras dengan ajaran Islam dan seolah-olah mereka ini penentang ajaran Islam, umpamanya pelajar yang memakai pakaian sunnah seperti beserban ditindas dan dipecat sebaliknya pelajar yang tidak menutup aurat dibiarkan seolah-olah merestui kemaksiatan berlaku didepan mata. Inilah buah yang terhasil akibat menanam sistem pendidikan mengikut acuan bukan Islam, lahir pendidik yang sekular yang menentang Islam dari dalam. Ingatlah kita tentang ayat yang bersabit dengan hal ini.

Firman Allah:
" Dan kamu akan dapati orang yang munafik itu bersungguh-sungguh menghalang terhadap orang-orang yang menyeru ke jalan Allah"

.Dan akhir-akhir ini di adakan program rakan muda yang mana dilihat sebagai pembaharuan kepada sistem yang sediada, maka wujudlah rakan sukan, rakan kebudayaan dan berbagai jenis rakan lagi termasuk rakan masjid yang kononnya mengajak golongan muda menjadi ahli masjid dan ternyata gagal. Sebaliknya rakan sukan yang membawa aktiviti berkhemah, mendaki lebih mendapat sambutan yang kononnya supaya dapat melahirkan remaja yang lasak dan berkualiti. Aktiviti ini dipublisiti secara meluas dan ianya dilakukan tanpa mengambilkira percampuran lelaki dan perempuan, solat dilupakan manakala aktiviti sampingan mereka adalah seperti menyanyi dan berhibur di malam hari. Rakan sukan dan banyak lagi rakan yang diadakan banyak menimbulkan keburukan dari kebaikan kerana meletakkan Islam di belakang. Justeru itu semakin banyak rakan diadakan semakin banyak pula bohsia, bohjan yang dilahirkan.

Bidang pendidikan yang lebih tinggi pula pihak kerajaan sekarang ini hendak melepaskan tanggungjawab terhadap masyarakat bermula dengan meluluskan Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan akhir-akhir ini Institusi Pengajian Tinggi Awam pula hendak diswastakan. Jelas kepada kita kerajaan lebih mengutamakan hasil berbentuk wang ringgit daripada matlamat utama pendidikan yang ingin melahirkan masyarakat berilmu dan bertaqwa kepada Allah swt.

Sesungguhnya pendidik yang perlu dicontohi oleh setiap umat dan kerajaan yang mengaku beriman dan hari kiamat itu ialah tidak lain dan tidak bukan ialah pendidik agung junjungan besar kita Nabi Muhammad saw.

Firman Allah SWT:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu orang yang mengharapkan Allah dan Hari Akhirat dan dia banyak menyebut nama Allah"
Al Ahzab: 21

Pendidikan untuk masyarakat umum dalam bidang agama yang disebarkan melalui kalangan ustaz-ustaz di masjid, suaru, musalla dan forum Islam adalah dihadkan dan dibatasi hanya mentafsir agama dengan begitu sempit sekali. Masyarakat diajar hanya tentang sekitar Rukun Islam, Rukun Iman, nikah kahwin, menguruskan jenazah dan Sifat 20 manakala yang lain-lain tidak diajar kepada masyarakat Islam secara meluas dan menyeluruh.

Firman Allah SWT:
"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam seluruhnya dan jangan kamu mengikut jejak langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"
Al Baqarah: 208

Masyarakat tidak diajar tentang sistem politik, ekonomi, muamalaf, pendidikan dan bermasyarakat Islam secara menyeluruh oleh para ustaz dan ulamak. Akibatnya sekarang ini terbukti umat Islam sudah tidak lagi merasa keindahan apabila sistem tersebut diamalkan dan lebih malang lagi masyarakat yang mengaku Islam sudah tidak yakin dengan sistem Islam hingga timbul pelbagai dalih dan alasan untuk tidak mengamal sistem berlandaskan syariat Islam. Mereka lebih yakin dan selesa mengamalkan sistem sekular sediada. Tidak berlaku dalam sejarah seperti yang berlaku pada hari ini pemerintah yang mengaku Islam menentang agama yang mereka anuti. Benarlah sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis yang bermaksud'

"Akan lahir di antara umatku satu kaum yang membaca Al Quran bukan seperti lazimnya kamu membaca. Dan sembahyangmu berlainan dengan sembahyang mereka. Mereka membaca Al Quran dengan mengira Al Quran itu sebagai alat dakyah (propaganda) mereka. Padahal ia adalah hujjah ke atas mereka. Bacaan mereka tidak melebihi kerongkongnya. Mereka keluar dari Islam sebagaimana anak panah keluar dari busurnya"
Riwayat Imam Muslim

Tanpa menyalahkan masyarakat Islam sepenuhnya kerana serangan pemikiran dari pelbagai arah yang terlalu hebat dari musuh-musuh Islam sehingga umat Islam tidak dapat membezakan yang mana hak dan yang mana batil, tetapi yakinlah bahawa golongan pemerintahlah yang patut dipersalahkan dan perlu diperbetulkan sekiranya masih ada ruang bagi mengelakkan penyelewengan agama berterusan.

Firman Allah SWT:
"Kemudian kami jadikanmu di atas satu syariat, peraturan tentang urusan itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui"
Surah Al Jaatsiyah:18

Contoh yang paling ketara untuk direnungkan ialah masyarakat diajar dengan rukun Islam dan mengajarkan perkara membatalkan rukun Islam seperti solat, puasa dan haji. Tetapi apabila tiba tentang bab rukun iman umat Islam diajar semua perkara perkara bermula tentang sifat Allah, malaikat dan sebagainya tetapi pernahkah kita sebagai umat Islam terfikir mengapa ustaz-ustaz tidak pernah mengajar kepada kita secara menyeluruh perkara-perkara yang membatalkan iman dan dua kalimah syahadah di majlis-majlis agama. Sedangkan inilah yang perlu diajar terlebih dahulu sebelum seseorang itu diajar perkara membatalkan solat, puasa dan haji.

Firman Allah SWT:
" Sesungguhnya Allah tidak mengampun dosa syirik denganNya dan Dia mengampuni dosa yang lain daripada itu akan sesiapa yang dikehendaki"
Surah An Nisaa':116

6. Timbul pula sejak akhir-akhir ini dakwaan yang mengatakan pihak pembangkang terpaksa meniru serta mencontohi kerajaan Barisan Nasional dengan semua pihak tidak kira bangsa atau agama bersatu dan bersekongkol. PAS telah dituduh sebagai berdolak-dalih dalam pergabungan ini dimana dahulunya PAS menuduh UMNO kafir kerana bergabung dengan parti bukan Islam seperti MCA, MIC, GERAKAN dan sebagainya tetapi sekarang seolah-olah PAS telah menukar fatwa mereka dengan menghalalkan perbuatan tersebut itu.

Pertama-tama hendaklah difahami tujuan dan matlamat penubuhan Parti Alternatif dan kedua pula masalah bukti PAS menuduh UMNO itu kafir disebabkan bersekongkol dengan parti bukan Islam yang lain walaupun pada hakikatnya UMNO juga bukanlah parti yang berasaskan dan berjuang menegakkan kalimah Allah. Ianya ditubuhkan di atas semangat kebangsaan melayu sesuai dengan namanya , UMNO.

PAS dan lain-lain parti alternatif seperti KeADILan, DAP, PRM dan lain-lain NGO seperti Persatuan Ulamak Malaysia, ABIM dan sebagainya bertindak untuk menubuhkan pakatan untuk menentang dan menghapuskan kezaliman yang terpampang di hadapan mata. Dengan keupayaan PAS yang terhad itu, adalah dilihat PAS tidak mampu berdepan secara individu melawan kerajaan Barisan Nasional dan di waktu yang sama terdapat beberapa parti dan pertubuhan yang sealiran pemikiran dengan PAS iaitu menentang segala bentuk kemungkaran, kezaliman dan penyelewengan dalam pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sekarang. Maka lahirlah pertubuhan yang bernama GERAK yang dipimpin oleh PAS manakala lain-lain parti dan pertubuhan menjadi pengikut. Cuma yang berbeza adalah dari segi pemahaman masing-masing dalam pentafsiran kemungkaran, kezaliman dan penyelewengan.

PAS melihat parti dan pertubuhan bukan Islam dapat menerima Islam yang dibawa oleh PAS dan di masa yang sama bertindak menerangkan Islam kepada pemimpin dan pengikut bukan Islam. Hasilnya terdapat ramai orang yang bukan Islam ingin menyertai PAS dan ini merupakan tamparan hebat kepada UMNO dan kemenangan pusingan pertama oleh PAS. Ianya sama-sekali tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang maha sempurna.

Sejarah Islam juga kita mendapati Nabi Muhammad telah membuat bai'ah dengan kaum Yahudi dan kuffar Madinah semasa baginda dilantik menjadi ketua negara Islam di Madinah dan hal ini terjadi berlarutan sehingga berlaku beberapa peperangan menentang kaum musyrik Mekah di mana golongan kafir zimmi ini berjuang di atas dasar semata-mata mempertahankan tanah air mereka berbeza dengan Nabi menentang musuh Islam di samping dapat berdakwah kepada golongan kafir zimmi ini.

PAS melihat golongan bukan Islam ini terutama DAP sekarang ini lebih mudah didampingi dan mula dapat mendengar Islam dari pimpinan PAS serta dapat menerima sedikit sebanyak konsep negara Islam dan tidak lagi menentang keras apabila PAS menyatakan ingin melaksanakan negara Islam. Dalilnya, Karpal Singh secara terbuka dan tanpa dipaksa memohon maaf kepada PAS dan umat Islam tentang kelancangan ucapan beliau mencabar umat Islam agar melangkah mayatnya dahulu sekiranya hendak melaksanakan negara Islam di Malaysia beberapa tahun yang lalu. Sememangnya kita tidaklah menyalahkan Karpal dan pengikut yang sealiran dengannya sepenuhnya kerana mereka ini bukan umat Islam tetapi UMNO lah yang patut disalahkan kerana menyampaikan maklumat yang salah kepada orang bukan Islam berkenaan Islam sehingga golongan ini amat takut apabila disebut tentang negara Islam.

Adalah menjadi dasar PAS untuk menyampaikan risalah Islam kepada semua umat manusia tidak mengira agama dan bangsa. Hasilnya PAS dapat merapatkan jurang yang jauh di antara umat Islam dan bukan Islam walaupun masih lagi terdapat perselisihan di kalangan mereka kerana PAS sedar kemenangan Islam bukan dapat diperolehi dengan jalan yang senang dan mudah.

Dari sinilah pimpinan PAS melihat bahawa lebih baik berkawan dan berdakwah dengan golongan bukan Islam yang mahu mendengar Islam seperti DAP daripada menyampaikan risalah Islam kepada UMNO yang secara terang menolak Islam untuk dilaksanakan yang mana PAS telah berusaha menerangkan kepada UMNO selam lebih dari 40 tahun lamanya. Hasilnya hukum Islam masih belum dapat ditegakkan malah semakin tersisih dan terpencil.

Konsep pilihanraya yang menentukan satu lawan satu adalah serampang dua mata PAS dalam mendekati kumpulan bukan Islam dan diharapkan dengan majlis penerangan dan ceramah yang diadakan golongan ini akan mendapat kefahaman yang sebenar. Selepas itu barulah Islam dapat dilaksanakan dan akan ditegakkan oleh PAS. Tentunya ianya akan memakan masa tetapi sudah tentu ianya akan memakan masa tidak lebih daripada masa yang diambil bagi menerangkan Islam kepada UMNO sebelum ini kerana PAS yakin golongan bukan Islam terutama DAP yang menjadikan PAS kawan politik tentunya lebih mudah disampaikan keindahan dan kebaikan undang-undang Islam berbanding UMNO yang menganggap PAS sebagai musuh politik mereka. Sama-samalah kita berdoa agar PAS berjaya mentarbiah golongan ini kearah melaksanakan hukum Allah dimukabumi ini. Adalah menjadi harapan PAS supaya kezaliman kerajaan Barisan Nasioanal dapat dihapuskan melalui pilihanraya kali ini. Sirah menceritakan kepada kita bahawa suatu ketika peperangan di antara kaum Majusi dengan kaum Nasrani di mana Nabi menaruh harapan agar kemenagan berpihak kepada Nasrani walaupun kedua-duanya adalah golongan kafir tetapi dari segi tahap kezaliman adalah diketahui bahawa kaum Majusi lebih zalim daripada kaum Nasrani. Samalah hakikatnya PAS merasakan golongan DAP lebih baik dari banyak segi terutamanya dalam soal dasar yang semua sepakat untuk menghapuskan segala bentuk kezaliman di antaranya menghapuskan amalan rasuah, fitnah, nepotisme kronisme dan pembaziran.

Sesungguhnya adalah dilihat strategi PAS ketika ini adalah lebih praktikal dan sesuai dilaksanakan ketika dan saat di mana seluruh rakyat bangun dari dibuai mimpi untuk sama-sama berpadu menentang kezaliman kerajaan Barisan Nasional. Hanya niat yang ikhlas sahaja akan mendapat ganjaran daripada Allah swt tidak kira samaada ianya berjaya atau tidak.

Pernah suatu ketika Sayyid Hasan Al Banna mengkaji sirah dan didapati permulaan pembentukan Gerakan Ikhwanul Muslimin pada ketika awal penubuhannya adalah sesuai dengan Surah Al Mukminun bukan Surah Iqra' sebagaimana terjadi dengan Rasulullah kerana pada ketika itu kerajaan Mesir itu menentang Islam sebagaimana musuh Islam menentang Rasulullah sehingga turun ayat dalam Surah Al Mukminun, walaupun kita sedia maklum Ikhwanul Muslimin berakhir dengan kegagalan menentang kezaliman kerajaan Mesir ketika itu, namun ijtihad Hasan Al Banna masih lagi menjadi ikutan para ulamak Islam masa kini. Di sinilah pentingnya dalam kita mengetahui Sirah Rasulullah untuk kita mengadaptasi dalam kehidupan kita seharian kerana Islam dan kitabnya adalah sejarah yang berulang ibarat roda yang sentiasa berpusing sekejap ke atas dan sekejap kebawah.

Wallahua'lam

0 ulasan:

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP