ULAMA HAKIKI TIDAK AKAN TERGAMAK PILIH UMNO
>> 22 Jun 2010
KUALA LUMPUR, 22 Jun: Ulama sebenar yang mencintai agama Islam tidak akan tergamak memilih Umno yang sekular sebagai wadah perjuangan mereka, kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hasan at-Tantawi (gambar).
Sebaliknya beliau berkata, wadah sebenar untuk menyebarkan dakwah Islam adalah bersama dengan PAS yang secara jelas dasarnya adalah Islam.
"Medan ulama sebenar adalah bersama gerakan Islam. Sewajarnya ulama menyertai PAS, bukan menyertai Umno, parti yang sekular," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Mohd Asli dalam web Umno yang menyebut 100 ulama termasuk bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin akan menyertai Umno Jumaat depan.
Mengulas lanjut beliau berkata, sejarah pernah menunjukkan bagaimana satu ketika dahulu beberapa tokoh ulama besar negara menyertai Umno dan kemudiannya keluar kerana tidak sanggup bersekongkol melakukan kemungkaran.
"Dulu Ustaz Ahmad Fuad, Ustaz Ahmad Maliki dan Ustaz Ahmad Badawi pernah menyertai Umno sehingga tertubuhnya Biro Agama Umno.
"Kerana tidak berpuas hati dengan kemungkaran dilakukan Umno termasuk meluluskan lesen judi, mereka kemudiannya keluar Umno dan menubuhkan Persatuan Ulama Malaya sehingga akhirnya tertubuhlah Parti Islam Se-Malaysia (PAS)," katanya lagi.
Sehingga kini tegasnya, Umno belum mengubah dasar dan perjuangan mereka dan masih menghalalkan judi.
Biarpun waktu ini Umno mempunyai ualama mereka seperti Datuk Seri Jamil Khir, Datuk Masitah Ibrahim dan Ustaz Firdaus Ismail, namun kesemuanyA kata Nasruddin tidak mampu menentang kemungkaran dilakukan Umno.
Jika 100 ulama tersebut menyertai Umno, fungsi mereka juga, katanya akan terbatas.
"Bagaimana sebuah parti yang menghalalkan judi yang diharamkan oleh Allah, mendapat tempat di hati ulama.
"Secara peribadi, hati kecil saya berkata, jika mereka ulama hakiki, mereka tidak akan tergamak memilih Umno sebagai medan menyampaikan dakwah Islam," katanya.(harakahdaily)

2 ulasan:
lu cakap senang le ..ulamak hakiki...ini ada kes mahkamah beb...daripada kedalam lebih baik jadi barua sampai mati......
Kekadang bila diri merasa sudah hebat, diri lupa kepada mana benar dan mana salah. Ulamak ni pun begitu jugak. Demer manusia biasa. Ada yang berani, sanggup mati, masuk jel, kena ISA dan sebagainya. Ade yang penakut.
Catat Ulasan