Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.

PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>

AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PROGRAM JELAJAH ADUN CHANGKAT JONG KE KAWASAN PESISIRAN

>> 18 Jun 2010


TELUK INTAN, 17 Jun – ADUN Kawasan Changkat Jong, YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah meluangkan masa sehari suntuk untuk bertemu rakyat di empat buah kampung di kawasan pesisiran iaitu di Kg. Sungai Samak, Kg. Bagan Lalang, Kg. Sungai Manila dan Kg. Pulau Ganda Suli. Keempat-empat kampung tersebut terletak agak jauh dari bandar Teluk Intan tetapi termasuk di dalam kawasan DUN Changkat Jong.


Seramai tujuh orang menyertai rombongan ADUN Changkat Jong. Selain YB Hj. Anuar, turut serta ialah Timbalan YDP PAS Kawasan Teluk Intan, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Teluk Intan dan tiga orang ahli jawatankuasa muslimat. Di samping itu, ia turut disertai oleh AJK PAS Kampung Sungai Samak.

YB Anuar terus menghubungi pihak TNB apabila menerima aduan penduduk kampung bahawa sudah empat bulan mereka tidak menerima bil elektrik.



Bersama penduduk kampung mengiringi jenazah masuk ke dalam van.


Antara objektif lawatan ialah ziarah ADUN mengetahui masalah penduduk kampung, memberikan sumbangan kepada yang memerlukan, melakukan pemeriksaan kesihatan dan pendataran pengundi baru.


Program bermula jam 9.00 pagi di Kg. Ganda Suli di mana YB Anuar menziarahi rumah seorang penduduk kampung yang telah meninggal dunia. Di sana, YB dan rombongan disambut oleh Tok Sidang dan para penduduk. Selepas solat jenazah, pasukan ADUN telah mengadakan khidmat pemeriksaan teknan darah tinggi di rumah tersebut. Ramai yang menyertainya terutama golongan wanita.




Sempat bersembang tentang isu semasa.

Selepas itu, YB Anuar telah dibawa menziarahi rumah Tuan Haji Ahmad yang berusia 72 tahun. Sambil bertanya khabar dan member sumbangan, warga emas itu juga diperiksa tekanan darah tinggi serta nasihat kesihatan oleh kumpulan muslimat kawasan.

YB Anuar sendiri yang memeriksa tekanan darah seorang warga emas.

Kemudian rombongan ADUN telah dijemput singgah berehat di rumah Sdr. Mansor, Sidang PR bagi Kg. Ganda Suli. Setelah itu pihak YB telah melawat ke rumah seorang warga emas wanita yang mempunyai seorang anak OKU. Warga emas ini bergantung kepada beg pada bahagian perutnya untuk membuang air.

Beg tersebut perlu ditukar yang menelas kos sebulan RM200 sebulan sedang beliau hanya menerima bantuan dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100 sahaja. Pihak ADUN sempat memberkan khidmat nasihat dan pandangan bagi beliau menerima sumbangan daripada agensi lain seperti Baitul Mal dan sebagainya.




Isteri YB, Pn. Hjh. Faridah menyantuni seorang penduduk kampung.

.
Ketua Cawangan PAS Sg. Samak, Sdr. Sairifudin dan Ketua Peneangan Pemuda Sdr. Basyir menikmati jamuan di rumah Sidang PR, Sdr. Mansur.



YB Anuar dan Sdr. Mansor, sidang PR Kg. Ganda Suli.

Kemudian, rombongan ADUN telah melawat rumah seorang penduduk yang telah mengalami kemalangan jalan raya dan terpaksa berkerusi roda. Setelah itu, YB Anuar telah dibawa menziarahi dua buah rumah penduduk kampung dan akhirnya singgah di rumah Sidang BN, Sdr, Abdul Kadir.


Kehadiran YB dan rombongan telah disambut mesra oleh sidang dan isteri. Malah Tok Sidang dan isteri turut sudi dperiksa tekanan darah tinggi. YB Anuar sendiri yang membuat pemeriksaan darah tinggi bagi Tok Sidang.


Berbual mesra bersama Tok Sidang Kg. Pulau Ganda Suli, Sdr. Abd. Kadir.



YB Anuar sedang memeriksa tekanan darah sidang Abd. Kadir.

Setelah itu, rombngan telah menunaikan solat Zuhur di Surau Kg. Ganda Suli di mana YB Anuar sendiri menjadi imam.


Kemudian, rombongan ADUN menuju ke Bagan Lalang pula. Di sana YB Anuar sempat melawat dua buah rumah.


Setelah itu, YB Anuar telah di bawa pula ke Sungai Manila. YB Anuar telah menziarahi dua warga emas yang keuzuran.


Keramahan ADUN Changkat Jong serta kemampuan beliau bertutur dalam bahasa jawa telah menjadikan beliau tidak kekok untuk bergaul dengan masyarakat di sana yang majoritina berketurunan jawa.









Rombongan ADUN telah singgah di Masjid Sg. Manila untuk bersolat Asar. Di sana beliau dan rombongan sempat bertemu dan beramah mesra dengan Ketua UMNO cawangan Sg. Manila, Sdr. Jalil yang kebetulan ada di masjid. Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi masjid. Sekali lagi, ADUN Changkat Jong telah diberi penghormatan untuk menjadi imam.


Kemudian, sebelum waktu Maghrib, YB Anuar dan rombongan dijemput menikmati jamuan di rumah sidang PR, Haji Yusuf yang juga merupakan Ketua Cawangan PAS Sg. Manila. Seleas itu, sempat juga YB Anuar di bawa melawat dua buah lagi rumah di Kg. Sungai Samak sebelum bersolat Maghrib di Masjid Sungai Samak.


Selepas solat Maghrib, akhirnya barulah rombongan YB berangkat kembali ke Teluk Intan setelah seharian berada di kawasan pesisiran melawat empat buah kampung. Memang agak memenatkan namun itu tidak tergambar di wajah ADUN Changkat Jong yang sentiasa ceria dan ramah bertemu penduduk kampung.









Sekalung tahniah kepada pihak PAS cawangan Kg. Sungai Samak, Sg. Manila dan Pulau Ganda Suli yang telah berjaya menyusun program lawatan.Sebenarnya, di sepanjang lawatan tersebut, masih ramai lagi penduduk kampung yang berhasrat menjemput YB Anuar singgah di rumah mereka namun oleh sebab kesuntukan waktu, maka ia tidak ditunaikan. InsyaAllah pada masa-masa yang akan datang, hasrat mereka akan ditunaikan.

2 ulasan:

nan sg samak,  19 Jun 2010 6:29 PTG  

d sg samak kami singgah rumah sdr yusop maksom bekas ketua kampong..sedang uzur..sdr selamet jiran wk usop..stroke.

tn hj mukti.. parkinson, mohamad abdullah sakit dlm perut dan isterinya tulang belakang

d bgn lalang singgah d rumah pk din wak gebok ...sian tengok rumah ..apelah umno nie...

d sg manila rumah sdr ayub sampan.. ibunya dah hampir 8 tahun uzur dan tak boleh bercakap..kami juga pegi rumah pk paimin. dah 5 tahun uzur..

kat pulau gandasuli kami dapat pergi 7 buah rumah dan setiap rumah kami buat rawatan pemeriksaan tekanan darah tinggi. alhamdulillah sambutan cukup2 mengharukan, begitu juga d rumah sdr kasmuri yg kematian ibunya kami turut mengadakan pem kesihatan .

dengan lawatan ini juga saya teringat akan arwah ayah saya yang terlantar stroke selama 10 tahun. alfatihah untuk hj mohtar n ibu saya mbah PASirah..

intanhijau 19 Jun 2010 9:09 PTG  

Nan, terima kasih atas kerjasama penuh pihak Sg. Samak.

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA

Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP