PDRM ANTARA TERBANYAK TERIMA ADUAN
>> 23 Jun 2010
Polis Diraja Malaysia (PDRM), hospital, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen adalah antara 10 agensi atau jabatan kerajaan yang paling banyak menerima aduan pada tahun lalu.
Turut tersenarai ialah Jabatan Kerja Raya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Jabatan Pelajaran negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Tenaga Nasional Bhd dan Telekom Malaysia Bhd.
Dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, berkata jumlah aduan yang diterima 10 agensi itu ialah 3,553 kes atau 41 peratus daripada sejumlah 8,694 kes.
Beliau menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam).
Koh berkata, agensi yang berurusan secara langsung dengan rakyat lebih berpotensi menerima lebih banyak aduan berbanding agensi lain yang skop tanggungjawabnya lebih terhad.
"Dalam konteks ini PDRM adalah agensi kerajaan yang menerima aduan tertinggi berbanding agensi yang lain," katanya. (malaysiakini)
0 ulasan:
Catat Ulasan