NAJIB DATANG KE BAGAN DATOH, TUTUP PINTU REZEKI PENIAGA PULAK.....
>> 18 Jun 2010
PASAR BAGAN DATOH DIARAH TUTUP GARA-GARA NAJIB TURUN BAGAN DATOH
Friday, June 18, 2010
20hb ini PM Dato' Seri Najib akan turun ke Bagan Datoh. Kunjungan ke Bagan Datoh tiada siapa yang menghalang, itu tugas beliau sebagai PM Menteri Malaysia. Rakyat Bagan Datoh sentiasa mengalu-alukannya.
Masalahnya apa kena mengena dengan lawatan kerjanya ke Bagan Datoh dengan peniaga-peniaga di Pasar Pekan Bagan Datoh yang itulah kerja sehari-harian mencari rezeki? Mengapa ada arahan dari Majlis Perbandaran Teluk Intan mengarahkan supaya pada 19 dan 20hb Jun ini para peniaga menutup gerai-gerai ikan dan sayur mereka sempena lawatan PM ke Bagan Datoh.
Semata-mata meraikan PM pintu rezeki mereka pula ditutup. Inilah UMNO BN yang lebih mengutamakan pemimpin dari rakyat jelata. Di mana perginya slogan "Rakyat didahulukan..............". Cacatkah program menyambut Najib di Bagan Datoh hanya kerana para peniaga tetap meneruskan perniagaannya? Yang jelas para peniaga yang terjejas pendapatannya gara-gara Najib melawat Bagan Datoh.
Semua para peniaga kesal dan membantah arahan menutup Pasar Pekan Bagan Datoh selama dua hari oleh MPTI sempena lawatan Najib ke Bagan Datoh. Orang ramai yang setiap hari membeli ikan dan sayur juga kesal di atas arahan ini.
Sebelum ini sewaktu Najib melawat Kelantan juga berlaku perkara yang seumpama itu. Difahamkan semata-mata Najib mahu minum teh di Kedai Kopi berhampiran Pejabat PAS konon nak tunjuk mesra pada rakyat, semua jalan menuju ke kedai kopi ditutup pada orang ramai, orang ramai yang sentiasa minum teh di kedai tersebut juga dikawal pergerakan mereka, yang menggelikan petugas UMNO hanya menyediakan beberapa buah meja untuk Najib dan kuncu-kuncunya dan hanya mahu membayar meja yang Najib duduk sahaja. Punya kedekutnya UMNO BN.
Allah Maha Besar, program yang sepatutnya penuh gilang gemilang di majlis perasmian Festival 2010 di Kota Bharu bertukar menjadi hambar dan sunyi sepi. Kerajaan Negeri memulaukan program tersebut apabila penganjur melanggar persetujuan yang dicapai bersama sebelum itu. Kerajaan Negeri dipinggirkan oleh penganjur sedangkan program tersebut anjuran bersama. Tuan Guru Menteri Besar dinafikan haknya untuk berucap sebagai mewakili tuan rumah dalam majlis perasmian. Pemangku Sultan Kelantan yang dijadualkan hadir bagi merasmikan festival tersebut membatalkannya pula dengan sebab-sebab yang tidak diketahui. Kehadiran malam itu sekitar 300 sahaja.
Akibatnya rakyat Kelantan yang lebih menyayangi Tuan Guru dari PM turut memulaukannya. Ditakdirkan Allah, hujan pula turun dengan lebat sepanjang petang. PM tidak jadi merasmikan festival tersebut,dia lari pulang ke Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Mohammad yang menggantikannya, sebaik beliau memulakan ucapan, blakout pula berlaku, Stadium menjadi gelap gelita, pembesar suara tidak berfungsi, Datuk Pa berucap menggunakan haler yang biasa digunakan untuk demontrasi.
Siapa sangka akan berlaku insiden yang begitu mengaibkan pembesar no 1 Malaysia.
Tidak mustahil, akibat menzalimi para peniaga di Bagan Datoh, kejadian seumpama itu boleh berulang di Bagan Datoh. Kita tidak doakan tetapi memberi peringatan. Jadikan apa yang berlaku di Kota Bharu sebagai iktibar akibat melanggar persetujuan.
4 ulasan:
Assalamualaikum, sebagai penagajaran Allah nak tunjuk sat je. Jangan berlagak dengan jawatan kerana jawatan akan hilang. dalam kes ni saya lebi suke Pak lah. die jemput Nik Aziz untuk Ecer
kalau tuan2 seluruh alam nak tau...sekarang ni jkr tengah sibuk naik taraf semula jalan kat sekitar bangunan umno bgn datuk... kah..kah.. kah..1 msia amende...
kat dalam kampong banyak lagi jalan yang koyak rabak...
tak cayer..masuk jalan kat sebelah kilang kokomal kat parit 19..tu.. jangn cerita jalan kat sg manila. sg samak dan pulau gandasuli.. 1malaysia kena auta dgn tok jaid and tok jib.. ingat aku n rakyat semua akan tuntut sampai akhirat...jeng...jeng...jeng..hidup yb tok nizar...hidup yb hj anuar sudin ...hidup rakyat....hidup islam...
Nan, lepas ni kita jelajah Ulu Bernam pulak...!
insyaallah. saya dah ke ulu bernam pada hari sabtu. adalah buat tinjauan sikit...saya sedang susun program..
Catat Ulasan