PAS BATAK RABIT MENGANJURKAN KARNIVAL SUKAN RAKYAT 2010
>> 28 Jun 2010
TELUK INTAN, 27 Jun - Sebagai menyahut seruan memasyarakat PAS dan mengamalkan gaya hidup sihat maka PAS Cawangan Batak Rabit sekali lagi menganjurkan Karnival Sukan Rakyat bagi tahun 2010. Ini merupakan kali keempat karnival tersebut diadakan. Karnival sukan ini adalah anjuran PAS Cawangan Batak Rabit, JK Pemuda PAS Batak Rabit dan NGO.
Menurut Ketua Cawangannya Sdr. Baha, Karnival Sukan Rakyat pada tahun ini diadakan pada setiap hari Ahad dalam bulan Julai. Menurutnya lagi, oleh kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan penduduk Kg. Batak Rabit terhadap program ini pada athun lepas, maka acara yang dijalan dan dipertandngkan telah ditambah. Ia melibatkan acara-acara padang dan dalaman seperti futsal, congkak, memancing udang, mewarna, pingpong, tarik tali, dart dan mengayam ketupat yang melibatkan pelbagai peringkat umur masyarakat.
Para peserta remaja bersedia berlepas.
Para peserta diberikan taklimat larian.
Peserta veteran...
Peserta menyerbu ke bahagian pendaftaran.
Adik remaja perempuan turut datang ...
Pagi tadi, acara pertama karnival telah berlangsung iaitu acara merentas desa. Acara tersebut telah bermula pada pukul 8.30 pagi di mana para peserta kanak-kanak, remaja, dewasa, wanita dan veteran telah dilepaskan oleh Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Teluk Intan.
Bersemangat peserta veteran ini menamatkan lariannya...tahniah!
Antara peserta awal yang berjaya menamatkan lariannya merentas desa.
Peserta wanita bersedia untuk berlepas...
Ini pula peserta kanak-kanak.
Penat nampaknya adik-adik ini selepas berjaya menamatkan larian mereka.
Apa yang menariknya, acara merentas desa ini telah berjaya menarik penduduk kampung untuk turut menyertai yang bukan hanya di kalangan peserta Melayu malah turut disertai peserta kaum Cina dan India.
Di dalam ucapan ringkas sebelum melepaskan para peserta, Timbalan YDP kawasan telah menyatakan akan kepentingan menjaga kesihatan dan perlunya mengamalkan budaya hidup sihat. Beliau juga enekankan aspek bersukan untuk beribadah.
Majlis penutup karnival sukan rakyat dijangka diadakan pada 18 Julai yang dirasmikan oleh ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin.

0 ulasan:
Catat Ulasan