Takziah.....DR. ASRI DAN 100 ULAMA MASUK UMNO
>> 20 Jun 2010
Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO, Jumaat depan menerusi UMNO Cawangan Dataran Merdeka, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh, percaya penyertaan mereka itu akan menyemarakkan keyakinan orang-orang Melayu dan Bumiputera kepada UMNO.
“Perkembangan itu akan menyemarakkan keyakinan Melayu kepada UMNO, kita akan menuju Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan UMNO yang lebih cemerlang,” katanya ketika berucap pada Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), petang tadi.
Ab Rauf yang juga Ketua Bahagian UMNO Bukit Bintang berkata, kemasukan ulama itu akan menjadikan UMNO lebih segar, “dibajai dengan ilmu-ilmu Islam dan seterusnya membantu kepimpinan negara membangunkan Malaysia.”
Menyentuh mengenai perkembangan syiar Islam, beliau berkata, buat pertama kali di dalam sejarah mulai Perhimpunan Agung UMNO, Oktober ini, perwakilan akan menggunakan kemudahan bersolat Jumaat di PWTC. Urusan itu sudah diatur dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang turut menyediakan khatib mulai minggu depan.
Datuk Seri Shahidan Kassim yang merasmikan persidangan itu memuji usaha UMNO Bukit Bintang untuk menarik 100 ulama menyertai UMNO.
“Saya berkawan dengan ulama ini sudah lama, tetapi tidak pernah saya dapat ajak mereka libat diri di dalam perjuangan (secara langsung di dalam parti) ini.
“Saya rasa kalau 100 ulama ini dapat kita terjemah sebagai 100 kekuatan luar biasa di dalam UMNO, Pas tidak akan tidur lena.”
3 ulasan:
kalau benar asri join umno@BiNgai ,,, dah lama gua ramal kan...... !!!
Mudah mudahan Dr MAZA dapat berdakwah demi Islam kerana Allah semasa di naugan sana. Kalau tak bolih buat semasa diluar ahli, mungkin sebagai ahli lebih berkesan. Jangan pula jadi ahli diam membisu atau pun jadi macam ustazah UMNO yang sorang tu (Ustazah Mashitah) yang sanggup mengadaikan maruah dan Islam demi kepentingan politik
takkan tuan2 tak tau MAZA ada kes di selangor. tak de tauliah dan sedang dalam mahkamah..tup..tup.. tiada kes... nujum pak belalang .. biasanya benar kalau kat puak belah sinun...betul tak yb man jailu n yb jamal behrang n zul botak dan terbaru tok noza jkria...tungguuuuu
Catat Ulasan