Edisi Khas Muktamar PAS : TANGGUNGJAWAB DALAM MASYARAKAT MAJMUK
>> 11 Jun 2010
KOTA BHARU, 11 Jun - Presiden PAS dalam Ucapan Dasar beliau tadi menekankan bahawa rakyat Malaysia sangat bertuah kerana hidup dalam masyarakat majmuk yang menyumbang kepada Tamadun Islam.
"Keunikan ini jika dapat diadun dengan baik sudah pasti akan menjadikan Malaysia sebuah kuasa yang kuat,
"Sebarang kesilapan dalam membentuk kerjasama antara kaum boleh membawa padah kepada negara ini," ujarnya.
Menyebut kemajuan yang dicapai barat dalam pelbagai bidang kerana mereka mengambil ilmu dari Arab melalui proses terjemahan.
"Formula inilah yang boleh menjana pembangunan manusia dengan iman, amal soleh dan akhlak mulia," katanya.
Beliau turut menekankan kepentingan penyatuan iman dan akhlak dengan urusan dunia kerananya menurutnya kesemua faktor tersebut akan membantu umat Islam setanding dengan bangsa lain di dunia ini.
"Kewujudan jurang antara kaum yang berlaku adalah disebabkan oleh fikrah barat yang mencetuskan Model Konflik dalam disiplin ilmu mereka,
"Agama Islam ialah agama yang adil untuk semua kaum dan sangat sesuai diamalkan dalam masyarakat yag majmuk," ujarnya lagi.
0 ulasan:
Catat Ulasan