Dikuasakan oleh Blogger.

PERHATIAN / ڤرهاتين

Sekiranya anda berasa sebarang artikel di dalam blog ini bermanfaat untuk rakyat maka cetak dan perbanyakkanlah untuk disebarkan kepada orang ramai. Semoga kerja baik anda dikira sebagai pahala orang yang berjuang di jalan Allah S.W.T. InsyaAllah.


PENGIKUT BLOG / ڤڠيکوت بلوݢ

APA PANDANGAN ANDA ?

<a href="http://www.sodahead.com/united-states/pada-pandangan-anda-bilakah-pilihan-raya-umum-ke-13-pru13-akan-diadakan/question-2706347/" title="Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?">Pada pandangan anda, bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan ?</a>



AKTIVITI BULAN OGOS 2012/2012 اکتيۏيتي بولن اݢوس

Website templatesHR

24 OGOS / JUMAAT - YB ANUAR SUDIN KE PERJUMPAAN RAKAN FB SG. SAMAK BERMULA 8.30 - 11.00 MALAM.

25 OGOS / SABTU - CERAMAH BERSAMA DATO' FAUZI SHAARI, UST. NIK ABDUH NIK AZIZ & SDR. BOB LOKMAN DI DATARAN PEMUDA KG. BAHAGIA BERMULA 9.30 MALAM

26 OGOS / AHAD - JAMUAN RAYA PAS CAWANGAN KILANG PADI BERMULA 8.30 MALAM.

PERBEZAAN DASAR ANTARA PAS DAN UMNO (Bahagian 1)

>> 27 Jun 2010



PERBEZAAN DASAR ANTARA PAS DAN UMNO

DALIL PENYELEWENGAN DALAM UMNO

(Kepada sesiapa yang berniat nak masuk UMNO seperti ulama muda tu...sila baca)

Perjuangan PAS & UMNO adalah sememangnya tidak mempunyai persamaan sama sekali terutama ianya membabitkan pegangan dasar perjuangan berteraskan agama Islam. Akhir-akhir ini terdapat pula pendapat yang mendakwa perjuangan UMNO adalah benar dan betul manakala perjuangan PAS adalah terpesong dari ajaran Islam. Malah ada yang begitu berani menyamakan perjuangan PAS sesat sebagaimana sesatnya golongan Khawarij, Syiah dan Mu' tazillah. Maka timbullah 18 Dalil Mengapa Perjuangan UMNO menepati ajaran Islam bagi menutup semua penyelewengan yang telah dibawa oleh UMNO. Terpanggil atas nama seorang Islam dan sedikit ilmu yang ada, maka berikut adalah Dalil Mengapa UMNO hendaklah ditolak dan ditentang oleh orang yang benar-benar mengaku sebagai muslim yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat:

1. UMNO tidak sekali-kali akan melaksanakan kearah perlaksanaan Negara Islam dengan alasan bahawa masyarakat di Malaysia adalah masyarakat majmuk dan sekiranya dilaksanakan ianya akan memporakperanda negara dan akan mengancam keselamatan negara. Ini ditegaskan oleh ucapan pemimpin kerajaan seperti Dr. Mahathir dan juga Ghaffar Baba berulang kali.

Hujah ini seolah-olah pihak kerajaan menolak akan salah satu sifat Allah iaitu Allah itu bersifat Maha Mengetahui yakni Ia amat mengetahui tentang keadaan di Malaysia akan adanya masyarakat berbilang kaum. Sifat Maha Mengetahui Allah itulah menyebabkan Allah mewajibkan menubuh Kerajaan Islam Madinah sehingga tertubuhnya Piagam Madinah.

Negara Islam adalah difardukan untuk ditegakkan di atas mukabumi ini selaras dengan hakikat kejadian manusia sebagai Khalifah di mukabumi ini iaitu mengikut tafsiran ulama muktabar seperti Ibnu Khaldun di dalam Al Muqqaddimah bahawa pengertian Khalifah itu ialah Menegakkan Agama dan mentadbir urusan dunia dengannya yakni dengan agama Islam.

Tugas mentadbir agama dalam segala urusan dunia juga selaras dengan agama Islam yang ditakrifkan sebagai Addin yang sempurna yang diakui oleh semua umat Islam yang mengaku beriman.

Firman Allah Taala :
"Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu Agama kamu dan telah Ku cukupkan untuk kamu nikmat Ku dan telah Aku redha Islam menjadi Din kamu"
Al Maaidah:3

Perkara menegakkan negara Islam dan mentadbir segala urusan dengan agama adalah menjadi Sirah perjuangan setiap Nabi dan Rasul yang dilantik oleh Allah swt yang mana di antara tugas Nabi dan Rasul itu adalah membetulkan segala urusan yang menyeleweng yang dilakukan oleh kerajaan yang memerintah di zaman mereka. Nabi Musa terpaksa melawan Fir'aun kerajaan yang paling berkuasa di waktu itu, Nabi Ibrahim menentang Kerajaan Namrud, Nabi Nuh berdepan dengan Golongan Al Mala' yakni pemuka dan pembesar di zamannya, Nabi Muhammad tepaksa berdepan dengan Pembesar Kerajaan di Mekah yang terdiri dari Abu Lahab dan Abu Jahal. Menunjukkan kepada kita tugas Nabi dan Rasul adalah mengIslamkan umat manusia dan kerajaan yang meyeleweng di zamannya.

Firman Allah Taala:
" Wahai orang-orang beriman masuklah kamu kedalam Islam seluruhnya (dengan mematuhi segala suruhan dan meninggalkan segala larangan), jangan kamu mengikuti jejak langkah syaitan , sesungguhya syaitan itu musuh yang nyata bagi kamu"
Al Baqarah:208

Semoga kita tidak termasuk ke dalam orang-orang yang dinyatakan oleh Allah di dalam Al Quran Nul Karim dengan firmanNya:

Hai rasul, janganlah hendaknya kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, iaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: "kami telah beriman", padahal hati mereka belum beriman.
Al Maa-idah:41

2. UMNO tidak pernah dan tidak akan melaksanakan Undang-Undang Islam sebaliknya lebih mengagungkan Undang-Undang ciptaan manusia yang bernama Lord Reid. Ini terbukti kerajaan BN menolak Kanun Acara Jenayah II Kelantan yang ingin dilaksanakan dan juga telah menjadi dasar UMNO menolak Undang Undang Islam yang mana di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Malaysia menyatakan bahawa mana-mana undang-undang yang mengatasi Undang-Undang Kerajaan Malaysia ianya adalah terbatal dan tidak sah. Selain dari itu tidak terdapatpun satu ayat dalam Perlembagaan UMNO yang menyatakan Islam Agama tertinggi dan akan menegakkan Undang-Undang Islam di Malaysia.

Seseorang yang apabila mengucap dua kalimah syahadah, maka terpikul di atas bahunya untuk menjadikan Islam satu cara hidup dan mendaulatkan segala hukum hakam yang telah difardukan ke atasnya.

Rasulullah SAW bersabda:
"Dibina Islam itu di atas lima perkara. Bersyahadah bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan bersaksi bahawa Muhammad itu Rasul Allah, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, haji ke baitullahil Haram dan puasa Ramadhan "
Riwayat Bukhari dan Muslim

Selain dari hukum yang menyatakan kewajipan solat, puasa, zakat dan menunaikan haji terdapat banyak lagi hukum yang terdapat di dalam Al Quran dan Hadis yang difardukan ke atas setiap individu muslim yang mana setiap muslim yang beriman itu mesti melaksanakan dan tidak boleh menolaknya apatah lagi tidak percaya akan kesempurnaan dan kebaikan hukum Allah itu.

Firman Allah Taala:
" Dan hendaklah kamu menguruskan hukum di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah"
Al Maaidah:49

Menolak hukum Allah adalah dosa yang amat besar dan membolehkan hampir kepada menyekutukan Allah swt. Mentadbir negara ini dengan Undang-Undang ciptaan manusia itu seolah-olah meletakkan Undang-Undang Allah tidak sempurna untuk dipraktikkan dan dilaksanakan. Banyak ucapan yang telah terkeluar dari mulut pemimpin UMNO yang menyatakan kalau dijalankan undang-undang Islam akan kudung kaki dan tangan umat Islam , akan berlaku huru hara dan lebih teruk lagi kalau nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan.

Firman Allah Taala:
"Maka demi Tuhanmu, mereka pada hakikatnya tidak beriman sehingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian tidak terdapat di dalam diri mereka perasaan ragu-ragu terhadap keputusanmu dan mereka menyerah diri dengan sepenuhnya."
An Nisa':65

Firman Allah Taala:
Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka orang-orang kafir"
Al Maidah:44

Firman Allah Taala:
"Apakah mereka mahu hukuman jahiliyyah?. Padahal siapakah yang hukumannya lebih baik daripada Allah bagi orang-orang yang yakin"
Al Maidah:50

Firman Allah Taala:
"Tidaklah patut bagi lelaki yang Mukmin dan perempuan yang Mukminah itu apabila Allah dan RasulNya tellah menetapkan sesuatu ketetapan (hukum), akan ada bagi mereka pilihan yang lain tentang urusan mereka"
Al Ahzab:36

0 ulasan:

Catat Ulasan

ASMAUL HUSNA


Blog Archive

SEPETANG BERSAMA ADUN CHANGKAT JONG

MISI PRIHATIN RAKYAT - EDAR TOPENG DAN RISALAH H1N1

RUMAH TERBUKA PAS TELUK INTAN & ADUN CHANGKAT JONG

MAKAN MALAM BERSAMA DS HJ. NIZAR DI TELUK INTAN

LAWATAN ADUN CHANGKAT JONG

ADUN CHANGKAT JONG SANA SINI

SUASANA HARI KEBAJIKAN DUN CHANGKAT JONG / سواسان هاري کباجيکن دون چڠکت جوڠ

SUKANEKA PASTI TELUK INTAN 2010

ADUN CHANGKAT JONG BERAYA DI SANA-SINI

CINTANYA KHALID AL WALID KEPADA RASULULLAH SAW

JADUAL MAJLIS ILMU TELUK INTAN JANUARI 2011 / 2011 جدوال مجليس علمو سکيتر تلوق اينتن جانواري

Website templatesHR

AHAD 23-Jan-11 Minggu 4
Subuh Ust Radzi Jusoh Surau Pt 1 Ust Saman
3 Ptg Ust Suhaimi Msjd Chikus Langkap
Asar U.Sulaiman Hamzah Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Mustafa Saari S. Lorong Seberang K Bhgia
Maghrib Ust Fatah Awang Msjd Batak Rabit,T.I
Maghrib Ust Fakharuddin Surau T. Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Sulaiman Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Azhar Msjd Pekan Rabu,C.Balai
ISNIN 24-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Ramli Wahab Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Termizi Surau Sg Keroh Air Kuning
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Seri Bahagia,T.I
Maghrib Ust Fatah Awang Surau Kg Pisang B.Rabit,T.I
Maghrib Ust Wahab Dawam Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Muhammad Srau Insaniah Jln Pasar
SELASA 25-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Mohd Aslam Masjid Sg Tungku,T.I
Maghrib Ust Mohamad Surau Jln Lasamana
Maghrib Ust Fakharuddin S. Tmn Desa Bakti, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Suhaimi Hj Hamid Masjid Kg Bahagia
Maghrib Ust Zamani S. Tahizul Mait
RABU 26-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Hj Zabidi S. Redang Punggor,C.Balai
Maghrib Us Baihaqi Mahfuz Surau Tmn Desa Bakti
Maghrib Ust Ibrahim Istar Msjd Pt 12B,Sg Manik,T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Msjd Chikus,Langkap
Maghrib Ust Termizi Masjid Tmn Seri Setia
Maghrib Ust Radzi B Jusoh Surau Tajhizul Mait
Maghrib Ust Agus Lokman Surau Tmn Melor
Maghrib Ust Suhaimi MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Rizal Surau Tmn Cicerly,T.I
KHAMIS 27-Jan-11 Minggu 4
3 petang Ust Ibrahim Istar Surau Pt2 7R C. Balai
Maghrib Ust Fakharudin Masjid Kg Bahagia,T.I
Maghrib Ust Radzi Jusoh Surau Tmn Cicerly,T.I
Maghrib Ust Zamani Surau Jln Laksamana
Maghrib Ust Fatah Awang S. Tmn Melor, T.I
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Msjd Pekan Rabu,C.Balai
JUMAAT 28-Jan-11 Minggu 4
Maghrib Ust Sulaiman Surau Selabak Luar,T.I
Maghrib Ust Osman Amri Masjid Sg Tungku T.I
Maghrib Us Khairuddin S. Permatang Pelandok
Maghrib Us Halimuddin Srau Tmn Cicerly
Maghrib Ust Alfian Mohd Nor S Redang Punggor C.Balai
Maghrib Ust Suhaimi Surau Tmn Melor,T.I
Maghrib Ust Ahmad Nizam Pusar Aktiviti Sosial C.Balai
Maghrib Ust Mohd Amin Surau Tajhizul Mait
SABTU 29-Jan-11 Minggu ke 5
Maghrib Ust Sulaiman MARKAS Pt 9 LABU KUBUNG
Maghrib Ust Baihaqi Mahfuz Surau Sg Kuching K. Air 12
AHAD 30-Jan-11 Minggu ke 5
3 PTG Ust Suhaimi Masjid Chikus
Maghrib Ust Ramli Wahab S. Pt 1 Ust Saman C. Balai

AL KISAH - HIKAYAT SEMBAH DERHAKA

Jemput melawat intanhijauVS.

About This Blog

Your Title

Blog Archive

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP