PERBEZAAN DASAR ANTARA PAS DAN UMNO (Bahagian 2)
>> 27 Jun 2010
(Kepada sesiapa yang berniat nak masuk UMNO...)
3. UMNO dalam setiap pendekatan terhadap masyarakat sering memisahkan Agama Islam dengan urusan politik (sekularisme). Kerap kedengaran ajaran dan ucapan dari pemimpin UMNO yang mengatakan Islam itu agama yang suci manakala politik itu kotor masakan mahu meletakkan Islam ditempat yang kotor, oleh itu ianya hendaklah dipisahkan. Dan juga sering terdengar arahan yang dikeluarkan dari masjid-masjid mengatakan tidak boleh membicarakan hal politik di dalam masjid yang mana akan mencemar kesucian masjid. Pemisahan ini juga berlaku dalam undang-undang negara yang mana pihak kerajaan telah membahagi undang-undang negara kepada dua (2) dan seterusnya menwujudkan kepada dua (2) mahkamah.
Dalam Islam Allah mengajar umatnya supaya tidak memisahkan agama dengan sebarang urusan dunia baik dalam ekonomi, politik, pendidikan, pekerjaan dan sebagainya kerana Islam itu syumul dan tidak ada satu perkarapun dalam segala urusan Allah dan Rasul tertinggal atau terlupa untuk mengajar dan menyampaikan kepada umat manusia baik dalam perkara yang sekecil-kecilnya mahupun sebesar-besar perkara, dari perkara cara-cara memotong kuku sehingga kepada perkara besar seperti peperangan, soal kenegaraan dan pemerintahan.
Politik dalam istilah barat selalu dikaitkan dengan satu perkara yang kotor dan menjijikkan, di mana akan berlaku penipuan, konspirasi, mengata, memaki, mencarut dan sebagainya, sedangkan Islam itu suci mana boleh kita campur adukkan.
Di dalam Islam, politik adalah cara-cara sesuatu urusan itu ditadbir dan dikendalikan untuk membaikkan (meng"Islah"kan) masyarakat Islam khasnya dan masyarakat bukan Islam umumnya. Islam itu syumul dan ia adalah satu cara hidup yang sempurna di mana keamanan dan kesejahteraan di dunia dan akhirat.
Ideologi pengasingan antara agama dan pemerintahan itu mula-mula dianuti oleh kaum Nasrani yang mana terdiri dari para saintis dan buruh yang mana telah berjaya menewaskan para paderi atau pendita dan juga puak bangsawan yang terdiri dari raja-raja di dalam peperangan yang terkenal iaitu Revolusi Perancis. Bagi menyekat pengaruh pendita dan raja-raja maka puak ini telah memperkenalkan suatu fahaman yang mengasingkan soal pemerintahan dengan urusan dunia (pemerintahan). Ini menjadikan pengaruh paderi selepas itu telah disempitkan dan berjaya menyekat pengaruh paderi dari menjadi orang yang paling berkuasa di dalam sesebuah negara, ideologi ini berjaya sehingga sekarang.
Rasulullah semasa hayat telah mengetahui pengaruh dan kuasa yang dimiliki oleh para paderi ini di mana semasa salah seorang sahabat ingin mendapatkan kebenaran Rasulullah untuk membaca Kitab Injil pada setiap malam Sabtu, Rasulullah telah menegahnya dengan membacakan Firman Allah:
"Mereka (Nasrani) menjadikan paderi dan pendita itu sebagai tuhan-tuhan mereka selain daripada Allah"
At Taubah:31
Lalu sahabat itu berkata : " Ya Rasulullah kami tidak pernah menyembah mereka"
Sabda Rasulullah : "Tetapi kamu memakai (menerima) hukum yang diputuskan oleh mereka"
Ajaran atau fahaman ini seterusnya diterapkan oleh penjajah Barat setelah menakluk negara umat Islam bagi memesong pemikiran umat Islam selain dari melemahkan aqidah yang tertanam dalam diri umat Islam yang pada asalnya digunakan oleh mereka untuk melenyapkan pengaruh paderi.
Semasa peperangan Salib, pihak Krstian tidak dapat menewaskan bala tentera Islam kerana keteguhan umat Islam berpegang kepada Al Quran. Sehinggakan King Edward, raja yang memerintah England pada ketika itu pernah berucap dalam Persidangan Pendita (Pederi) yang terbesar pernah diadakan di Kepulauan Greece, umat Islam tidak akan dapat ditewaskan oleh tentera Kristian dalam peperangan Salib selagi umat Isalm berpegang teguh dengan Al Quran kerana umat Islam berjuang untuk mati syahid manakala tentera Kristian pula berperang untuk hidup (takut mati). Maka persidangan itu mendapat jalan untuk menjauhi umat Islam daripada Al Quran dengan mengasingkan agama dengan urusan dunia terutama politik dengan menanam pemikiran bahawa politik itu kotor manakala agama itu suci. Jadi jangan campur-adukkan kedua-duanya.
Ternyata serangan pemikiran ini berjaya mempengaruhi umat Islam dan terpahat sehingga sekarang ideologi itu. Itulah serangan pemikiran yang dilakukan oleh pihak orientalis dalam revolusi Perancis dan itulah juga serangan pemikiran pertama yang dilakukan dalam kerajaan Islam Uthmaniah di Turki. Ajaran ini dikenali dengan nama sekularisme dimana pada asalnya ajaran ini memisahkan agama dengan urusan pemerintahan dan orang yang menganut fahaman ini dikenali sebagai golongan sekular.
Disebabkan oleh persetujuan untuk memisahkan agama dengan urusan pemerintahanlah maka Gagasan Malayan Union yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar telah mendapat kemerdekaan Tanah Melayu dengan senang dan mudah tanpa menitiskan setitik darahpun. Maka dilupakan sejarah perjuangan yang dimulakan oleh ulama terdahulu seperti Tok Janggut di Kelantan dan Abdul Rahman Limbong di Terengganu.
Bertitik tolak dari situlah maka Islam telah diasingkan dari pemerintahan dengan memberikan kuasa agama dan adat istiadat dipegang oleh bukan ahlinya iaitu raja-raja melayu manakala kuasa eksekutif dipegang oleh kerajaan yakni golongan yang berkuasa dalam politik. Kuasa ulama juga dihadkan sekadar di surau-surau dan di masjid-masjid, manakala raja-raja melayu hanyalah berkuasa ke atas penetapan tarikh permulaan puasa dan hari raya. Lebih memilukan Islam di"Pejabat"kan menjadikannya Jabatan Agama Islam Negeri yang mana kedudukannya sama taraf dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Perpaduan Negara.
Islam dijadikan simbol sahaja, sekadar doa selamat dibaca oleh ulama dan ustaz di majlis rasmi kerajaan walaupun majlis maksiat Sukan Komanwel di mana terdapat majlis hiburan, tari menari, menyanyi dan pendedahan aurat. Ianya meletakkan Islam tidak kena pada tempatnya, Islam sepatutnya memerintah bukannya diperintah.
Berhubung dengan hadis di atas yang membicarakan tentang orang Nasrani disifatkan Allah menganggap golongan paderi sebagai tuhan, di negara kita juga tidak terkecuali dalam menganut fahaman sesat tersebut apabila seseorang melakukan kesalahan ianya akan terlepas dari hukuman sekiranya mendapat pengampunan dari Yang Di Pertuan Agong yakni kuasa tertinggi mengatasi kudrat Allah swt di mana ianya di ambil dari ajaran Kristian oleh penggubal undang-undang Malaysia yang bernama Lord Reid.
Di dalam agama Kristian Allah kononnya membolehkan serta memberi kuasaNya kepada pederi mengampunkan dosa manusia yang melakukan dosa. Hal ini amat bercanggah dengan ajaran agama Islam sebagaimana yang di terangkan dalam Al Quran surah An Nisaa' ayat 92 di antaranya hanya kaum keluarga terdekat sahaja yang boleh mengampunkan pembunuh tersebut dengan syarat-syarat tertentu.
Firman Allah Taala:
"Apakah kamu tidak memerhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu kepada apa yang diturunkan sebelum kamu?. Mereka hendak berhakim kepada Taghut, pada mereka telah diperintahkan untuk menjauhi Taghut itu. Dan syaitan itu bermaksud menyesatkan mereka dengan penyesatan yang jauh"
An Nisa:60
4 UMNO mengamalkan fahaman kebangsaan (Nasionalisme) iaitu meletakkan bangsa melayu perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum Islam. Sehingga masyarakat Islam mengganggap orang yang masuk Islam itu masuk melayu. Perjuangan bangsa melayu perlu di utamakan selaras dengan sejarah penubuhan UMNO yang memperjuangkan kemerdekaan dengan menyuntik semangat melayu di kalangan orang melayu ketika itu. Semangat melayu kononnya pantang di usik atau dicabar oleh bangsa lain. Ahli UMNO sanggup mati dalam mempertahankan bangsa melayu dari dicabar atau dipersendakan oleh bangsa lain. Ini terbukti dalam sejarah di mana pemimpin UMNO mengadakan perhimpunan besar-besaran sekitar awal 90an di mana kuasa dan hak-hak istimewa orang melayu di cabar oleh kaum cina yang menuntut hak samarata dan samataraf bangsa lain dengan bangsa melayu.
Di dalam ajaran Islam tidak menjadi kesalahan bagi umat Islam untuk meletakkan kasih sayang kepada bangsa, tanahair dan juga kaum keluarga selagi ianya tidak meletakkan kasih sayang dan kecintaan itu melebihi kasih sayang dan kecintaan kepada Allah dan RasulNya.
Firman Allah swt;
" Dan tidak harus bagi orang yang beriman itu saling berkasih sayang terhadap orang yang memusuhi Allah dan RasulNya meskipun orang itu terdiri dari ayah, ibu atau kaum keluarga mereka"
Firman Allah SWT lagi:
"Hai orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa kamu dan saudara kamu sebagi wali (pemimpin) jika mereka lebih mengutamakan kekufuran daripada keimanan dan sesiapa di antara kamu yang berwalikan mereka maka mereka termasuk dari orang-orang zalim"
Surah At Taubah: 23
Ayat ini diturunkan sempena sahabat baginda terpaksa berperang melawan musuh Allah yang terdiri dari bapa, anak serta kaum keluarga di dalam perperangan Badar di mana Saidina Abu Bakar terpaksa berdepan dengan anaknya sendiri manakal Abdul Rahman bin Auf melawan ayahnya sendiri. Hati kecil kita tentu terdetik bahawa perlukah kita melawan serta membunuh sanak saudara sendiri, bukankah dakwah secara berhikmah itu lebih baik dan Allah pula sentiasa menyuruh umatnya tidak mengambil jalan yang boleh menimbulkan huru hara apatah lagi dengan membunuh kaum keluarga sendiri, bukankah ini zalim namanya?. Dalam sejarah ini terbukti adakalanya melawan musuh Allah dengan cara berperang itu adalah lebih afdal dan mendapat pujian dari Allah seperti yang ditunjukkan oleh para sahabat baginda.
Nabi Muhammad sendiri umpamanya sangat sayang kepada bapa saudaranya sehingga dalam satu riwayat ada mengatakan bahawa Nabi pernah berdoa kepada Allah untuk memohon pertolongan untuk bapa saudaranya Abu Talib sehingga Allah menegah baginda daripada melakukan perbuatan sedemikian.
Firman Allah SWT:
"Tidaklah patut bagi nabi dan orang-orang yang beriman untuk meminta ampun (istigfar) bagi orang musyrik, walaupun mereka itu dari kalangan keluarganya, sesudah jelas bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah isi Neraka"
At Taubah:113
Tersebut juga dalam satu riwayat yang lain bahawa Nabi pernah bersabda semasa baginda terpaksa meninggalkan Kota Mekah,
"Kota ini adalah tanah tumpah darahku, jika sekiranya aku tidak dihalau oleh penduduk disini nescaya aku tidak akan meninggalkannya"
Pihak musuh Islam sebelum ini tidak berjaya menakluk walaupun sebuah dari negara Islam dan terbukti umat Islam berjaya mendaulatkan negara Islam apabila api semangat perkauman dan kebangsaan tiada di dalam hati umat Islam. Musuh Islam akhirnya berjaya mengalahkan Kerajaan Islam Uthmaniah Turki apabila api semangat perkauman dan kebangsaan berjaya ditiup oleh pihak Nasrani Italy dan Perancis ke dalam hati pemimpin Arab yang mana mereka menanam perasaan bangsa arab adalah yang terbaik dan harus menjadi pemimpin umat Islam di dunia dan bukannya orang dari bagsa atau puak Turki. Akhirnya bangsa arab termakan hasutan musuh Islam dan melakukan kesilapan untuk menentang Kerajaan Uthmaniah Turki dan lebih menyedihkan bersama-sama bersengkokol dengan musuh Islam dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Islam Uthmaniah. Maka selepas itu seluruh Negara Islam berjaya ditakluk termasuklah Kerajaan Melayu Islam di Melaka dan Acheh.
Selepas itu musuh Islam telah memecahkan negara umat Islam mengikut bangsa dan puak dan meenanam semangat perkauman dan kebangsaan terhadap mereka, maka lahirlah negara seperti negara Malaya yang berbangga dengan semangat kemelayuannya, wujudlah negara Iran yang berbangga dengan bangsa Parsinya dan berbagai-bagai lagi negara seperti Sudan, Mesir, Arab Saudi, Maghribi, Jordan dan lain-lain lagi yang semuanya berbangga dengan bangsa serta puak masing-masing.
Nabi Muhammad pada awal pemerintahan kerajaan Islam Madinah telah berjaya menyatukan hati umat Islam ketika itu yakni di antara puak muhajirin dan puak ansar dengan mereka semua tidak mempuanyai semangat perkauman diantara mereka. Lahirlah satu umat Islam yang bersatu padu adan saling tolong menolong antara satu sama lain.
Sabda Rasulullah SAW:
"Bersaudaralah kamu (Muhajirin & Ansar) di jalan Allah berdua -dua"
Sirah Ibn Hisyam
Semangat kebangsaan yang dianut oleh pemerintah terutama UMNO yang meletakkan semangat melayu sebagai asas dan matlamat perjuangan mengatasi Al Quran dan Hadis serta ijmak para ulamak amatlah dilarang dan dimurkai oleh Nabi Muhammad SAW seperti sabda baginda:
" Bukan dari kalangan Aku orang yang menyeru di atas dasar Assabiyyah, bukan dari kalangan Aku orang yang berjuang di atas dasar Assabiyyah dan bukan dari kalangan Aku orang yang mati di atas dasar Assabiyyah"
maka para sahabat baginda bertanya:
" Apakah ia Assabiyyah itu wahai Rasulullah?"
Jawab baginda;
" Mereka yang menolong puak mereka, bangsa mereka di atas dasar kezaliman"
Riwayat Imam Muslim, abu Daud dan An Nasa'i
Zalim menurut Islam ialah meletakkan sesuatu tidak kena pada tempatnya dan temasuk dalam istilah zalim juga tidak melaksanakan Hukum Islam atau perundangan Islam sepertimana yang diwajibkan ke atas umat Islam. Orang yang menolong dan menyokong golongan inipun adalah termasuk dalam pengertian hadis ini dan ini termasuk juga orang yang menyokong serta mengundi kerajaan atau pemerintah yang tidak melaksanakan perundangan Islam dalam konteks bernegara.
Firman Allah:
" Barang siapa tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah , maka mereka orang yang zalim"
Al Maidah:45
Semoga kita semua dijauhi daripada termasuk di kalangan orang yang disebutkan dalam hadis di atas itu dan semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua. Amin.
Justeru itu mereka yang mengaku beriman tidak harus memberi ketaatan kepada kerajaan yang zalim yang tidak melaksanakan hukum Allah di atas muka bumi ini walhal masih lagi mengaku beriman dan kadangkala menunjukkan semangat yang luar biasa semasa menyambut upacara keagamaan seperti maulid nabi, awal Muharram dan mereka ini seharusnya berasa malu serta tidak layak untuk menduduki bumi Allah dan mendapat segala macam biasiswa dan subsidi dari Allah seperti biasiswa makanan, minuman mahupun subsidi perumahan, nyawa, hartabenda dan segala macam nikmat Allah yang diberikan kepada mereka dan sepatutnya mereka inilah yang seharusnya menunjukkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah di atas segala nikmat pemberianNya dengan membuat apa yang disuruh dan menjauhi segala yang dilarang oleh Allah dan Nabi Muhammad.
Firman Allah SWT:
" Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat ingkar"
Surah Ibrahim:34
Tugas kita umat Islam ialah memberi ketaatan yang tidak berbelah bagi selagi mana pemerintah atau kerajaan itu taat kepada Allah dan Rasul
Sabda Rasulullah SAW:
"Tidak ada ketaatan kepada makhluk di dalam perkara yang mendurhakai Allah"
Riwayat Imam Bukhari dan Muslim

0 ulasan:
Catat Ulasan