TARIKH PRU "MENGEJUTKAN" TAPI TAK MUKTAMAD LAGI HE..HE..HE
>> 17 Jun 2010
Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau. Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".
1 ulasan:
tarikh pilihanraya "mengejutkan semua pihak"? apa yang dia cuba nak promosikan ni? dalam kepala saya ada macam2 kebarangkalian, tapi "mengejutkan semua pihak", bohong! bohong sudah jadi amalan kebanyakan pemimpin melayu tak kira dari parti mana, asalkan melayu, bohong sudah jadi amalan. mengalahkan amalan2 sunat.
cuma dalam banyak2 kebarangkalian yang satu ini berkemungkinan besar. tarikh pru13 sebelum muktamar pas ke 57! muktamar pas ke 57 adalah muktamar pemilihan. muktamar pas ke 56 yang baru lepas dipercayai mempengaruhi tarikh pru13. penutup tirai muktamar - ucapan penggulungan oleh presiden pas “hanya islam boleh selamatkan melayu, bukan perkauman” – dilihat telah memeterikan dengan sekemas2nya pintu ug yang telah ditutup oleh tgna semasa merasmikan muktamar dewan2 ulama, muslimat dan pemuda. namun “kawan2” perlu diselamatkan. jahat sungguh pemikiran saya. sudah tentu akan menjadi modal cacian terhadap saya.
saya hanya sekadar mendahului (preempting) kebarangkalian tindakan yang bakal “mengejutkan semua orang”.tidak salahkan? harap2 ia tidak benar…
wallahu’alam.
Catat Ulasan